KUNG-FU SAYUR ANAK SAWI
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Posting menu sayur aja hari ini ya.. Jom kita semak resepi .....
BAHAN A
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar yang bersaiz sederhana (dihiris nipis)
BAHAN B
1 1/2 cawan air biasa
1 camca teh serbuk 'Maggi Cukup Rasa'
5 ekor udang hidup yang bersaiz sederhana
5 sausage 'Ayamas' (Cheese)
sedikit garam
BAHAN C
Beberapa Sayur sawi yang bersaiz kecil
1/2 camca besar Tepung Jagung + 1/3 cawan air biasa
BAHAN D
1 biji telur ayam (dipukul/kocak sedikit)
Cara-Cara Memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan A dan goreng sehingga ia bertukar hampir keperangan dan wangi.
2. Masukkan bahan B dan biarkan sehingga kuah mendidih.
3 Terus masukkan sayur, biarkan ~1 minit, masukkan bancuhan tepung jagung.
4. Apabila kuah sudah mendidih kembali, tuang telur dalam bentuk pusingan (supaya telur tidak masak berketul).
5. Siap
* Selamat berbuka puasa ....
No comments: