NASI MANDY KAMBING... Ayam Goreng



Assalamualaikum dan Salam sejahtera ...

Hari ni sekali lagi jamu selera dengan nasi ARAB.
Tetapi kali ni nasi Mandy Kambing .....

Ini kes selepas menikmati Nasi Mandy Kambing di Restoren Hadramawt la... dah jadi ketagih pula.

Jangan terkejut, lauk ayam goreng yang disediakan ini adalah penyelamat kepada pemintaan yang melebihi pengeluaran .....

Cili untuk nasi Mandy digantikan dengan 'air asam cili padi' yang lebih kena dengan citarasa orang melayu di Malaysia.
Kambing yang siap direbus akan dicecah dengan air asam ini.

Masak hari ni lebih sikit untuk keluarga dan juga sebagai bekalan untuk tamu yang pulang ke Port Dickson.

Jom kita semak resepi.

BAHAN A 
1 kilo Daging Kambing 

BAHAN B 
Senarai dibawah ditumbuk halus
1 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
14 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh lada hitam biji
1 camca teh jintan manis biji
1 camca teh jintan putih biji

BAHAN C
5 helai daun pandan
5 ulas bawang putih (dimasukkan seulas-seulas)
1 biji bawang besar (potong 6 atau 8)
Air untuk merebus

BAHAN D
1 kiub Daging lembu KNOR
garam

BAHAN E
1 sudu besar minyak sapi Ghee Blend
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

BAHAN F
1 biji tomato biji yg bersaiz besar (dibelah 6 atau 8)
3 biji cili hijau (dipatah-patahkan)
1/2 sudu teh lada hitam (sebiji-sebiji)
1/2 sudu teh ketumbar biji (sebiji-sebiji)
1 sudu besar Tomato Puri
3 helai daun pandan

BAHAN G
4 cawan Beras brasmathi (dibasuh,  direndam selama 1/2 jam dan ditoskan)

BAHAN H
sedikit saffron + air mawar 

BAHAN I (Air Asam. Campur semua sekali)
2 biji tomato biji (dipotong kecil-kecil)
2 ulas bawang besar (dibelah 2 dan dihiris sederhana tebal)
15-20  biji cili padi merah (dipotong nipis)
2 biji limau kasturi
sedikit asam jawa  anggaran 2 ibu jari (di ambil air nya)
sedikit garam
sedikit belacan

Cara-Cara Memasak Sup untuk Nasi:-
1. Masukkan bahan A,B dan C kedalam periuk dan rebus sehingga daging empok.
2. Sesudah empok, masukkan bahan D, masak ~ 5 minit lagi dan angkat.
3. Asingkan kuah dengan daging.

Cara-Cara Memasak Nasi:-
1. Panaskan minyak sapi Ghee Blend dalam rice cooker dan tumis bahan E sehingga wangi.
2. Masukkan bahan F dan goreng selama~ 5 minit lagi
3. Masukkan 7 cawan air rebusan daging, 1 cawan susu cair. 
4. Apabila air sudah mendidih, masukkan beras. 
5. Apabila nasi telah masak, biarkan ia ~ 10 minit, kemudian renjiskan bahan H dan tutup kembali tudung periuk. 
6. Biarkan 5-10 minit barulah di gembur.

* Selamat menjamu selera ...






2 comments:

  1. Disebabkan rasanya yang sungguh menyelerakan... hendaknya lebih2kanlah kuantiti bila masak gini he he hehehe, sedap sangat ratah daging kamben yang lembut!

    ReplyDelete
  2. Salam,izinkan saya menyalin resepi ni..
    Jazakullah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.