KETUPAT PULUT DAUN PISANG
Assalamualaikum,
Saperti tahun-tahun yang lepas, ketupat Pulut daun Pisang menjadi kegemaran jarang dilupakan.
Kali ini saya hanya buat 400 gram Pulut saja
Jom kita semak resepi nya...
400 gram BERAS PULUT biasa
550 gram santan pekat dari 1 biji kelapa (Jika Pulut SUSU, santan lebihkan sedikit = 700 gram)
8 gram Garam halus (Sukatan garam ini sudah cukup menjadikan pulut lemak-lemak manis)
1 camca besar gula putih
3 pelepah daun pisang (dilayur diatas api terlebih dahulu)
tali rafia (dipecahkan kepada 4)
Cara-Cara Memasak Pulut :-
1. Basuh pulut beberapa kali untuk memastikan ketupat tahan lebih lama.
2. Masukkan pulut, santan, garam dan gula kedalam periuk dan tanak saperti tanak/masak nasi biasa.
3. 3-10 minit pertama selepas pulut diletakkan atas dapur, Kacau Dibahagian bawah untuk mengelakkan ia berkerak. Jangan ditinggalkan sehingga santan betul betul kering.
4. Perlahankan api sekecil yang boleh dan tutup periuk saperti memasak nasi.
5. Masak sehingga pulut masak sepenuhnya atau 3/4 masak.
6. Sudukan pulut anggaran 40 gram keatas daun pisang, gulung dengan daun pisang disusuli dengan memadatkan pulut kebahagian tengah.
7. Potong untuk memperkemaskan lebihan daun pisang.
8. Ikat dengan tali rafia. Sekiranya pulut ditanak 3/4 masak, ikatan harus dibiarkan sedikit longgar. Tetapi jika telah dimasak sepenuh nya, ikatan bolehlah diperketatkan sedikit.
9, Kukus 45 minit - 1 jam
TIPS:
Jangan di-tinggalkan pulut semasa memasak kerana santan cepat kering dan hangit.
hai, salam perkenalan dr SRC..
ReplyDeletesaya datang sini dan follow..
Sedap ketupat pulut tu..lebih kurang macam kelupis makanan tradisi kami di sini.
Sudi singgah blog saya ya, www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq
Juga salam persahabatan dari saya. In Sya Allah
DeleteKalau bubh kacang lagi best!
ReplyDeleteEmm...... Ok juga aliahmohdsalleh. Tentu lagi sedap kan..
Delete