Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ..
Jom layan Kurma Daging untuk hidangan tengahari ...
lemak-lemak pedas gitu ...
Sedikit kelainan dalam resepi kali ini ...
Dimana saya tambahkan 1 biji buah pala dalam masakan untuk dapatkan bauan pala dihujung-hujung rasa !
Ditambah pula dengan keharuman Limau Katuri yang diperah semasa dihidangkan ... fuhh layannnn !
Jom kita semak resepi ...
BAHAN A
4 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
sedikit halia
BAHAN B
1/2 kilo daging
1 paket rempah Kurma 'Babas'
2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 biji buah pala (ditumbuk)
2 biji ubi kentang (dibelah 2 atau 4 bergantung kepada saiz ubi)
sedikit air
Santan pekat dari 1/2 biji kelapa
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1 biji tomato (dibelah 2)
2 biji cili hijau (dipatahkan 2)
1 sudu teh perencah maggie 'Cukup Rasa'
garam
BAHAN D
3 biji limau kasturi (Perah untuk dapatkan Jus)
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis bahan A sehingga hampir keperangan.
2. Masukkan bahan B dan masak sehingga daging empok dan terbit minyak yang banyak dalam rempah.
3. Masukkan bahan C dan dibiarkan sebentar sehingga santan mendidih sedikit-sedikit barulah diangkat.
4. Sebelum makan.. perah kan limau kasturi.
* Selamat menjamu selera ...
Assalamualaikum FHA..ngancam habih...kurma daging ni....
ReplyDeletew' salam. Saya pon dah lama tak buat. Sekali-sekala buat sedap juga .
DeleteAs salam. Dah lama saya tak buat masakan kurma, nampak enak dan menyelerakan bila tengok pic ni...
ReplyDeleteW'salam. ada sipi-sipi rasa buah pala ..Alhamdulillah sedap.
DeleteJUDI ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA 100% DI JAMIN AMAN DAN TERPERCAYA
ReplyDeletePromo Bonus yang berlangsung pada Judi Online ZEUSBOLA :
Bonus New Member 15%
Bonus New Member 10% ( Sabung Ayam )
Bonus Cashback/Kekalahan Sportsbook Up To 15%
Bonus Rollingan Up To 0.6%
Bonus Harian 10%
Bonus Reward
Bisa Deposit dengan VIA PULSA / OVO / GOPAY / LINKAJA / DANA.
Layanan Website 24jam setiap hari.
Bonus Paling mudah didapatkan dan paling besar.
INFO SELANJUTNYA SEGERA HUBUNGI KAMI DI :
WHATSAPP :+62 822-7710-4607