Tuesday, 22 October 2013

NASI DAGING ... Sambal Air Asam


Assalamualaikum semua

Resepi untuk menu tengahari.....NASI DAGING
ya... Nasi Daging yang TERsedap mengikut selera saya ... yang pernah saya buat setakat ini hehehe..

Selalu nya saya buat yang biasa-biasa saja, tetapi disebab kan nak cuba sedikit kelainan saya cuba olahkan sedikit dan hasil nya OK not bad.

Perbezaaan untuk kali ini, saya tidak gunakan rempah sup bunjut untuk memasak sup tetapi saya masukkan biji rempah/ketumbar sebiji-sebiji.
Juga saya masukkan lada hitam sebiji-sebiji bersama dengan Jintan Manis.

Dan nasi yang telah dimasak saya gaulkan dengan minyak sapi Ghee Blend.

Hasil nya emmmm....

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
1 kilo Daging (dipotong besar)
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar (belah 4)
5 ulas bawang putih (belah 2)
1 1/2 sudu teh ketumbar biji
sedikit halia
Air untuk rebusan

BAHAN B
garam secukup rasa
1/2 kiub Daging 'KNOR'

BAHAN C
1 sudu makan penuh minyak sapi GHEE BLEND
1 biji bawang besar (dipotong 4)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 1/2 sudu teh lada hitam biji
1 1/2 sudu teh Jintan Manis biji
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 helai Daun pandan
sedikit halia (dihiris nipis)

BAHAN D
3 Cawan beras Brasmathi (direndam 1/2 jam dan ditapis)
1/2 cawan susu cair

BAHAN E
2 sudu besar penuh minyak sapi GHEE BLEND
sedikit daun sup
sedikit bawang goreng

Cara-Cara Memasak Sup:-
1. Masukkan semua bahan A kedalam periuk dan rebus sehingga daging empok dan kuah sup cukup-cukup 5 cawan
* Nota:
   -Kalau kurang sedikit pon ok, sebab bila nak masak nasi nanti kita boleh tambahkan air untuk cukupkan.
   -Tetapi bila sup berlebihan, membazir pula kemanisan daging tu bersama kuah yang tidak dipakai).
2. Masukkan bahan B dan biarkan seketika barulah diangkat.

Cara-Cara Memasak Nasi:-
1. Panaskan minyak sapi GHEE BLEND dalam Rice Cooker dan tumis bahan C.
2. Apabila telah sedikit garing, masukkan 5 cawan Sup yang telah dimasak tadi bersama-sama dengan bahan-bahan rempah, juga daging dan 1/2 cawan susu cair.
3. Biarkan sehingga air mengelegak barulah  dimasukkan beras Brasmathi yg telah ditapiskan air sepenuhnya. Teruskan memasak.
4. Apabila butang Rice Cooker telah 'OFF' yang menandakan nasi telah hampir masak, biarkan ia seketika selama ~ 5-7 minit barulah dimasukkan bahan E dan digaul sedikit -sedikit. Tutup periuk dan biarkan ia sehingga  betul-betul masak.
----------------------------------------
SAMBAL AIR ASAM

Semua dibawah di campur sekali
2 Cili merah (* ditumbuk bersama)
Belacan(* ditumbuk bersama)
sedikit garam (* ditumbuk bersama)
15 biji Cili Padi (Potong kecil)
Air asam jawa yang pekat
2-3 biji Limau kasturi
1 biji Bawang besar (Hiris sederhana tebal)
2 biji Tomoto biji (potong 4 dan dihiris sederhana tebal)
Boleh tambahkan sedikit gula jika terasa pedas.

* Selamat menjamu selera .....

2 comments: