Friday, 21 February 2014

SAMBAL TUMIS SOTONG ~~ Rampai Petai Padi


Assalamualaikum semua...

Layan aje sambal tumis sotong ni ye...
maklum lah nak kejar masa hehehe...

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
1 kilo sotong hidup (dibersihkan dan disumbat kepala nya kedalam badan dan di ketipkan dengan lidi)

BAHAN B (Dikisar halus)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
15 biji cili kering
sedikit belacan

BAHAN C
3 papan petai padi
sedikit air asam jawa
sedikit garam
*sedikit gula puth jika suka.(Saya tak masukkan kerana kurang gemar lauk yang manis)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan B dan C.
2. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan terbit minyak yang banyak,baru dimasukkan sotong.
3. Teruskan memasak sehingga kuah menjadi pekat kembali, atau sotong sudah masak.

* Selamat menjamu selera ...




Saturday, 8 February 2014

KEK LAPIS SARAWAK .....Biskut Marie





Jom layan Kek Lapis Sarawak pula...

BAHAN A
250g butter
130g gula kastor
14 biji kuning telur (gred A)
5 sudu besar susu pekat manis

BAHAN B
7 putih telur
1/4 camca teh cream of tartar
130g gula kastor

BAHAN C (satukan)
100 g tepung Hong Kong (saya gantikan dengan tepung gandum)
80 g biskut marie  (dikisar halus)
1 camca teh baking powder

BAHAN D
perasa vanila, pisang, coklat, pandan, orange, strawberri
pewarna kuning, hijau, orange, merah

Cara- Membuat nya:
Adunan 1
1. Sapu kan dasar tin 8inci x 8inci x 3inci dengan sedikit butter/mentega dan alaskan dengan kertas minyak.
2. Putar butter dan susu hingga sebati, kemudian masukkan gula kastor dan putar hingga putih.
3. Tambah kuning telur satu persatu sambil terus putar shingga kembang dan gebu.
4. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah disatukan sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Ketepikan.

Adunan 2
5. Dalam mangkuk pengadun lain yang bersih dan kering, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih.
6. Masukkan gula kastor dan terus memutar hingga kembang dan kental.

7. Masukkan adunan 2 (putih telur) ke dalam adunan1 (butter) dan gaul dengan menggunakan kaedah kaup balik dan kacau hingga sebati. *Jangan terlalu lama
8. Bahagikan adunan kepada 9 bahagian, 4 bahagian disatu dan dimasukkan esen vanilla dan dikacau rata
9. Bahagian-bahagian yang lain, ditambah perasa dan pewarna yang tercatat diatas. Kacau rata dan ketepikan.

Saya bakar menggunakan oven kek lapis sarawak (api gas yang kecil)
10. Sudukan adunan vanila sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar 5 - 7 minit hingga keperangan
11. Keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis, sapu dengan butter dan lapis dengan adunan vanila lagi.
12. Ulang sehingga menjadi 6 lapisan,

13. Untuk perasa coklat, bahagikan adunan kepada 2 bahagian
14. Masukkan satu bahagian ratakan dan bakar 5 - 7 minit hingga keperangan
15. Keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis, sapu dengan butter dan lapis lagi dengan sebahagian adunan yang tinggal

Ulang langkah 13-15 untuk perasa yang lain dan yang akhir sekali perasa vanila yang masih tinggal.

* Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum dikeluarkan dari tin

Thursday, 6 February 2014

SAMBAL MACANG Pedas Cili Padi yoooo !


Assalamualaikum semua...

Lama tak bersiaran
Teramat lah sibuk sibuk sibuk..
Tak menang tangan

Sampai berabuk dapur ni
Ini aje yang dapat dipostkan

Kalau dapat makan tengahari berlaukkan Ikan kering dan sambal macang ni..
teramat lah bersyukur ALHAMDULILLAH
Malam ni nampak gaya makan nasi lauk order-order aje lah...

Jom layan Resepi Sambal Macang


BAHAN A (Ditumbuk)
3 biji Cili merah
10 biji cili padi
Sedikit belacan
sedikit garam

BAHAN B (Dicampur kedalam A diatas)
1 biji Limau kasturi (Diambil air nya)
1/2 biji Buah Macang (di rincik-rincik halus)
Sedikit gula (jika terlalu pedas)

* Selamat menjamu selera ....

Saturday, 1 February 2014

RENDANG AYAM Kuali Besar


Assalamualaikum semua

Jom layan lauk hidangan untuk tengahari semalam utuk majlis bacaan doa selamat dan Tahlil.

'Rendang Ayam Kuali Besar'...


BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis
1 sudu besar minyak sapi GHEE Blend
3 kuntum Bunga Lawang
6 kuntum Bunga Cengkih
4 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
3 tangkai daun kari

BAHAN B (Dimesin halus)
2 inci Halia
sedikit lengkuas
5 batang serai
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu teh Jintan Manis 
1 sudu teh Jintan Putih
1 sudu teh Lada Hitam
1 'biji buah pala' 

BAHAN C
5 sudu besar penuh Serbuk Kari Ayam Babas
1 sudu besar kerisik
Santan dari 2 biji kelapa
3 keping Asam gelugor
Garam

BAHAN D
2 ekor Ayam (dipotong sederhana besar)
5 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 sudu besar gula putih
2 sudu besar minyak sapi GHEE Blend

Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali yang besar.
2. Tumis bahan A dan goreng wangi dan garing.
3. Masukkan Bahan B dan C. Bila rempah telah hampir pekat, masukkan bahan D dan kecilkan api.
4. Biarkan sehingga ayam masak dengan sempurna dan kuah menjadi pekat semula.
5. Siap dan boleh di hidangkan.

* Selamat menjamu selera ...