Assalamualaikum semua...
Layan aje sambal tumis sotong ni ye...
maklum lah nak kejar masa hehehe...
BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
1 kilo sotong hidup (dibersihkan dan disumbat kepala nya kedalam badan dan di ketipkan dengan lidi)
BAHAN B (Dikisar halus)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
15 biji cili kering
sedikit belacan
BAHAN C
3 papan petai padi
sedikit air asam jawa
sedikit garam
*sedikit gula puth jika suka.(Saya tak masukkan kerana kurang gemar lauk yang manis)
Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan B dan C.
2. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan terbit minyak yang banyak,baru dimasukkan sotong.
3. Teruskan memasak sehingga kuah menjadi pekat kembali, atau sotong sudah masak.
Assalamualaikum FHA nmpk menyelerakan...
ReplyDeleteselain dari petai, apa lagi bahan sesuai utk rampai dgn sambil tumis sotong ni...
ReplyDelete