NASI MINYAK BEREMPAH
BAHAN A
1 sudu besar minyak sapi Ghee Blend
1 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 inci halis (dihiris nipis)
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
BAHAN B
1 sudu makan rempah kari daging
BAHAN C
3 cawan 'Beras Rebus Basmathi Extra Panjang (Jasmin)'
4 1/2 cawan air
5 helai daun pandan
sedikit garam
Cara-Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi Ghee Blend dalam 'Rice Cooker'
2. Masukkan Bahan A dan goreng sehingga garing
3. Masukkan Bahan B dan teruskan memasak sehingga rempah menjadi sedikit garing.
4. Masukkan air dan sedikit garam.
5. Biarkan sehingga mendidih, masukkan beras dan teruskan memasak saperti memasak nasi biasa.
AYAM PANGGANG BAWANG PUTIH
BAHAN A
1/2 ekor ayam
5 camca besar minyak masak
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
BAHAN B (ditumbuk)
15 ulas bawang putih1/2 sudu besar lada hitam
1 inci halia
1 biji bawang besar
Cara-Cara Memasak Ayam
1. Bahan A dan B digaul dan diperap bersama ayam semalaman.
2. Panaskan oven suhu 200 Guna api atas dan bawah
3. Alaskan dulang dengan aluminium foil.
4. Bakar ayam selama 30 minit atau sehingga ayam masak.
NOTA:
1. Aluminium foil tidak perlu di tutup bahagian atas nya.
2. Ayam tidaK perlu dialihkan semasa memasak
3. Pintu oven sentiasa ditutup semasa memasak
* Selamat menjamu selera ...
No comments:
Post a Comment