Assalamualaikum semua..
Menu yang sesuai kepada yang kurang sihat atau baru baik dari demam
Sebagai sarapan pagi, tengahari dan juga malam hehehe...
BAHAN A
1 cawan beras
7-8 cawan air (boleh dilebihkan jika mahu beras lebih hancur)
Daging (Dipotong kecil)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dibelah 8)
1/2 sudu teh lada hitam biji
1/2 sudu teh halba biji
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
sedikit halia (dihiris nipis)
BAHAN B
1/3 batang lobak merah (dipotong dadu)
santan pekat dari 1/2 biji kelapa
daun sup
daun bawang
1/2 kiub daging KNOR
bawang goreng
1 sudu besar minyak sapi 'Ghee Blend'
garam
Cara-Cara Memasak
1. Satukan bahan A kedalam periuk dan masak sehingga beras hancur dan menjadi pekat
2. 10 minit sebelum angkat, masukkan bahan B.
* Selamat menjamu selera ....
FHA..! nak moi semangkuk... hihihi
ReplyDeleteBoleh Gee. Jom ikut saya kedapur kita makan sama-sama sambil borak-borak hehehe...
Delete