Assalamualaikum semua...
Resepi lauk untuk hari ini .. 'Masak Asam Ikan Talang Kering'
BAHAN A
Sedikit minyak
1 ketul ikan talang kering (dipotong sederhana besar)
BAHAN B
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
1 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia (dihiris nipis)
1 sudu teh lada hitam biji (ditumbuk)
BAHAN C
1 sudu besar asam jawa + 1 cawan air (digaul dan diperah.. sebagai kuah)
BAHAN D
2 biji bawang besar (dihiris tebal)
4 ulas bawang putih (dibelah 2)
15-25 biji cili padi
2 biji tomato ceri
kicap masin 'Kipas Udang
sedikit garam (Jika kurang masin)
Cara-Cara Memasak
1. Goreng Ikan talang kering sehingga masak dan angkat.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan B sehingga hampir garing.
3. Masukkan bahan C, Biarkan menjadi sedikit pekat dan terbit minyak.
4. Masukkan bahan D. Biarkan seketika sebelum diangkat.
* Selamat menjamu selera .....
Salam Kak Gee,
ReplyDeleteSedapnya! Saya baru beli semalam and dalam kepala nak buat masak asam jugak. Tak ingat berapa gram isi talang tu, ada lah dalam 4 ketul kot besar lebih kurang 3 jari. RM10! Adoi.. pengsan sekejap. Tapi talang ni memang mahal ye?
W' Salam, betul tu Honey. Isi Ikan Talang memang mahal berbanding dengan ikan-ikan kering yang lain. Tapi kalau dapat yang elok OK lah tu. Kadang-kadang tu ada yang dah terlalu lama. Tak sedap lagi bila masak .Kena hati-hati memilih yang elok agar berpatutan dengan harga.
ReplyDeleteAssalamualaikum FHA, UJ x penah lagi cuba ikan masin talang ni dibaut masak asam...bole dicuba ni...
ReplyDeleteW' salam Umie, Sedap, tambah-tambah kalau bulan puasa, lauk yang sesuai untuk bersahur. Menambahkan selera makan.
Delete