SHEPHERD'S PIE may..memang menyelerakan !!!



Assalamualaikum.
Jenguk-jenguk dapur Amie, terliur dibuat nya
Dalam hati berkata-kata ....mesti buat ni. Tak sabar nak menunggu hujung minggu.

Nak minta malu ah !!!
Maklumlah saya ni kan pemalu orang nya 
heheheh.....

BAHAN A (Gaulkan semua. Pastikan ubi masih berkeadaan panas)
5 biji Ubi kentang yang bersaiz besar(dipotong kepada 4 ketulan supaya cepat empuk dan direbus, kemudian dibuangkan kulit nya dan dilenyek hancur)
*  Ubi pilihan saya ini bersaiz besar dan berkulit cerah berbanding dengan ubi yang lain. Amat mudah empuk dan amat gebu bila direbus. Kebiasaan nya boleh didapati di Tesco.
2 sudu besar ButterCUP
1 cawan susu Full Cream Dutchlady
1 sudu teh serbuk lada putih (Aji Shio)

BAHAN B (Inti)
minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar Holland
Jagung 1/2 tongkol (jika suka boleh dilebihkan)

1 batang karet (dipotong kiub)
1/2 biji lada benggala  hijau (dipotong kiub)
Daun sup (~ 5 tangkai)
1 camca teh lada hitam biji (ditumbuk halus)
2 ketul dada ayam (dipotong kecil)
1 kiub ayam KNOR
sedikit kubis 
garam
kunyit

Cara-Cara memasak Inti
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang putih dan bawang besar.
3. Masukkan isi ayam, kunyit, kiub ayam, lada hitam dan garam.
4. Goreng sehingga ayam masak.
5. Masukkan jagung, karet, ubi benggala, kubis
6. Akhir sekali sebelum angkat masukkan daun sup, ratakan dan terus angkat.

7. Panaskan oven pada suhu 180 C selama 20 minit. Api atas dan bawah
8. Masukkan inti kedalam acuan pie anggaran 1/2 penuh.
9. Masukkan ubi kentang yang telah dilenyek tadi.
10. Ratakan paras acuan Pie. 
11. Dengan menggunakan garfu halus, tores sedikit pada permukaan pie
12. Masukkan kedalam oven, tukar suhu ke 230 C api atas saja. (Pastikan pintu oven direngangkan/dibuka  sedikit.
13. Bakar selama ~ 25- 30 minit atau sehingga bahagian atas keperangan
(Jangan dibakar terlalu lama. Walaupon dengan api perlahan kerana texture dan rasa inti akan menjadi kurang sedap)

* Selamat menjamu selera ...


3 comments:

  1. sedap nampak pie ni lebihkurang cottage pie sedappp

    ReplyDelete
  2. Ho hooo... pemalu yo... amik je FHA takde sape tau ha hahaha... cute pienya tu... tak pe, ada lagi setengah tongkol jagung, esok boleh buat lagi... sedapkan!

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Faudziyah,

    Sedapnya sedapnyaaaaaa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.