Friday, 15 May 2015

SAMBAL TOTOK JAWA .... Asli. Keluaran 'Nurul Jannah / Areffin Beelz'


Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua....

Hari ni saya nak promote SAMBAL TOTOK JAWA ... Asli yang Super'p sedap !
Hasil keluaran anak saudara saya
 Nurul Jannah.

Semalam tung-tang-tung-tang siap satu batch.. 
haaa ! legaa dari pagi sampai ke petang, malam.... paking pula.
tu belum masuk 2 hari proses penyediaan bahan-bahan.

Nak buat nya memang sedikit remeh, kerana bahan-bahan nya akan ditumbuk bukan nya dimesin, walau pon dalam kuantiti yang banyak. 
Ini adalah untuk mengekalkan rasa asli sambal tersebut. 

Dimasak pula dengan api yang perlahan untuk memastikan sambal tu kering dengan elok.
k
alau diri tak ada rasa sabar memang tak jadi ni..dengan panas api sambil mengacau supaya tak hangit

Saya ?
..hehehehe
Tugas saya cuma tengok saja.
tolong............ tak sanggup !

Dengar kata.. esok nak buat lagi, repeat order dari customer yang telah merasa.
Tu keluar kepekan tu..., pi beli bahan-bahan lah tu...
sambil tinjau tinjau harga ikan bilis sekilo RM emmm 'takut nak sebut'.

Tak apa...untung sikit-sikit
Lama-lama jadi bukit.
Lain... kita niat sedekah.
Sambil berniaga sambil bersedekah

Alhamdulillah rezeki ALLAH.
Yang penting jaga kualiti.

Jom tempah... memang sedap !

>>>>>

Tanpa 'Monosodium Glutamat' atau sebarang 'perasa tambahan'.
Begitu juga tanpa sebarang 'bahan pengawet'.

Menggunakan Ikan bilis yang elok, cili yang segar dan bawang yang cantik.

~ Resepi asli / resepi warisan... KEBERSIHAN dan KUALITI MENJADI KEUTAMAAN.

- enak di makan dengan nasi panas-panas
- amat berselera dengan Bubur Nasi (Moi) dan Nasi Air
- boleh di tambah Petai dan Jering jika suka
- juga digunakan sebagai perencah nasi goreng, (cepat dimasak sedap dimakan)
- sedap sebagai Sambal Pencicah Cucur Bawang, Cucur Kodok, Lempeng dan juga Pulut
- boleh dipelbagaikan sebagai perencah Mee (Maggie)
dan apa-apa saja ....

FRESH dari kuali .....
Berminat ? Sila pm Nurul Jannah untuk tempahan.
* Tempahan untuk ramadan telah dibuka....pembuka selera untuk bersahur !


7 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, betul tu Adda. Saya suka sangat !

      Delete
  2. selalu buat sambal totok jawa ni..memang sedapp!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan anak saudara dah buat, saya tumpang saja Sue Bee. Memang sedap kan ..

      Delete
  3. Owh,.... sambal totok Jawa yo.... he hehe moga anak saudara terus maju dalam bisnesnya.... alhamdulillah, yang terlebih kita sedekah, yang terkurang pohon dihalalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Amie,,. semoga bisness terus maju....InsyaALLAH. Part komen mengomen rasa masakan, disamping tengok-tengok dia orang masak, memang saya suka... hehehe !

      Delete
  4. Berapa harga satu bekas dan brp gram satu bekas

    ReplyDelete