Friday, 26 June 2015

ACAR LIMAU Pembuka Selera Bersahur


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua

Acar adalah salah satu menu yang paling dinikmati semasa bersahur sebagai pembuka selera.
Resepi nya boleh dipelbagaikan, ada acar buah, acar limau, acar ikan kering dan sebagai nya.
Untuk kali ini saya sajikan acar limau untuk sajian keluarga saya. Aroma acar limau ini amat wangi sekali setelah ia siap dimasak dan hati-hati kerana ia amat menggoda selera kita sehingga waktu berbuka.

UPDATE/TERKINI ...
Boleh rujuk posting terkini di ACAR BUAH TRADISIONAL yang sedap, Ramai dah cuba
Akan sediakan VIDEO cara menyediakan Acar ini  secara lebih jelas. Moga dapat membantu)

Limau yang saya gunakan adalah limau nipis yang dijeruk sendiri. 
Limau ini boleh didapatkan juga dikedai mamak yang menjual rempah-rempah masakan. 

Resepi nya adalah sama saperti Resepi acar-buah-traditional ini. Cuma saya tidak menggunakan buahan moden, tetapi saya lebihkan limau jeruk. Memang sedap sekali ....

Jom kita semak bahan-bahan nya

Bahan A (Bahan tumis)
1 cawan minyak masak
1 ulas bawang putih + 1 ulas bawang merah (ditumbuk)
1/2 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

Bahan B (Rempah tumis, Campur semua sekali)
1 camca besar rempah Ikan 
1/2 camca besar serbuk cili
1/2 sudu teh 'halba sahaja'/ bukan halba campor (goreng kering dan ditumbuk)

Bahan C
3/4 cawan cuka makan
200 g gula putih 
Garam

Bahan D (Buah-buahan)
1/2 Kilo Buah Kurma
7 biji Limau Jeruk (belah 10)
1 cawan kismis
1 cawan Cili Padi (lebih banyak lebih pedas .. lebih sedap)
20 ulas Bawang Putih (ulas yg besar dibelah 2)
15 ulas Bawang Merah (ulas yg besar dibelah 2)
halia (sebesar 1/2 tapak tangan, dipotong memanjang)
Buah belimbing kering  (Tak dimasukkan sebab tak ada stok)
Buah pala  (Tak dimasukkan sebab tak ada stok)
* Panas kan air sampai mendidih dan celurkan (SEKEJAP sahaja <> 30 saat) cili, bawang putih, dan bawang merah'

Bahan E (Untuk tabur)
1 sudu besar bijan (goreng kering)
1 sudu besar biji sawi (goreng kering)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan  bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula..)
5. Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur. (JANGAN dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
* (Pastikan tiada air di gunakan. Air dari buah-buahan akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

* Selamat berbuka puasa ....

5 comments:

  1. salam nk tya,air limau 2 perlu buang ke utk buat jeruk?ke lps potong trs boleh jeruk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'Salam.
      Kalau kita nak buat limau jeruk sendiri...Limau(sebiji-sebiji) dibasuh bersih-bersih dahulu, kemudiannya direbus sekejap supaya ia lembut. Seterusnya campurkan dgn cuka makan dan disimpan beberapa bulan dlm bekas bertutup.
      Jangan di belah limau itu kerana jus nya akan larut dalam air jeruk dah jadi tak sedap.

      Semasa nak masak, limau ini akan dibelah 6 (bergantung kpd saiz) dan terus dimasukkan kedalam periuk bersama buah-buahan yang lain. (Tak perlu dibasuhlagi)
      Juga jangan dikeluarkan jus nya. Kerana jus dan limau ini yang akan menjadikan acar kita lebih sedap

      Delete
    2. W'Salam.
      Kalau kita nak buat limau jeruk sendiri...Limau(sebiji-sebiji) dibasuh bersih-bersih dahulu, kemudiannya direbus sekejap supaya ia lembut. Seterusnya campurkan dgn cuka makan dan disimpan beberapa bulan dlm bekas bertutup.
      Jangan di belah limau itu kerana jus nya akan larut dalam air jeruk dah jadi tak sedap.

      Semasa nak masak, limau ini akan dibelah 6 (bergantung kpd saiz) dan terus dimasukkan kedalam periuk bersama buah-buahan yang lain. (Tak perlu dibasuhlagi)
      Juga jangan dikeluarkan jus nya. Kerana jus dan limau ini yang akan menjadikan acar kita lebih sedap

      Delete
  2. Mak saya mesin buah kurma utk pekatkan kuah acar n tambah manis natural. Bwg putih n bwg merah digaul garam n jemur setgh hari utk kurangkan air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hayati. Boleh juga kalau nak mesin kurma tu. Ikut kreativiti masing masing. Tapi yang penting jangan di masukkan air untuk memastikan acar tahan lama.
      Kalau nak jemur bawang boleh juga, jadi skip kan proses celur tu.

      Delete