ACAR BUAH TRADISIONAL yang sedap ... ramai dah cuba ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Masih belum terlambat untuk akak mengucapkan Salam Ramadhan kepada Muslimin dan Muslimat sekalian.
Selamat berpuasa semua ...

Saperti bulan-bulan Ramadhan yang lalu, akak berbuka secara sederhana sahaja.
Satu dua lauk sudah mencukupi.
Kadang satu lauk saja. 
Masak pon biasa-biasa saja.

Kalau akak rajin, akak akan fotokan apa yang akak masak
Kalau LEBIH sikit rajin tu, In Sya ALLAH akak akan cuba buat video nya

Tapi kalau mai bab malas... tak ada lah ye
Di tambah ...
Sekarang ni di kawasan Utara kerap hujan di waktu petang
Jadi nak memotret dan mevideo pon gambo nya kurang cantik.

Contoh nya untuk me-videokan ACAR BUAH ini pon ambil masa 3 hari.. 
Hari pertama fotokan bahan-bahan nya
Hari kedua videokan cara memyediakan dan memasak
Hari ke tiga baru boleh snap hasil nya.

Maklum lah bila dah siap masak, hari pon redup nak hujan.
Di tambah dengan letihnya proses mevideo

Akak cuba sediakan video ini untuk adik-adik yang nak belajar masak acar cara traditional.
Ini acar orang dulu-dulu tau...aar orang kampung !
Cuma buah-buah nya saja yang akak masukkan buahan over-sea sikit, nak bagi moden katakan.
Tapi rasa nya tetap asli... original


Dengan ...
wangi nya, 
pedas nya, 
masam nya, 
manis nya, 
dan masin nya 
dengan perbagai rasa buah disatukan dalam periuk
memeleh air liur bila makan dengan ikan masin goreng
Tambahan diwaktu bersahur..

Kalau dapat belimbing, halua, dan beberapa buah kampung lagi sedap.

Sekarang ni ada yang masak acar di campur tomato botol, akak tak suka... rasa sos !

Lagi satu...
JANGAN ditambahkan air ya semasa memasak !
Cukup dengan cuka, minyak dan jus buah.

Ada yang suka blend beberapa biji buah, saperti kurma untuk menambahkan kepekatan acar,
Tapi cara keluarga akak, kami biarkan buah sebiji-sebiji,
Memang pada hari pertama, acar ini akan kelihatan cair.. dengan cuka dan minyak.
Tapi bila masuk pada petang atau hari kedua dan berikut nya, ia akan menjadi pekat kerana beberapa buah akan sendiri nya 'menyerap' cuka menjadikan kan acar lebih pekat.

Jadi kalau masak untuk dimakan pada hari yang sama, boleh juga blend beberapa biji kurma,
Tapi akak cadang kan Tak perlu lah ....
terpulang kepada yang nak makan.


Kepada yang telah mencuba resepi akak di posting awal di SINI,ACAR BUAH TRADITIOAL
terima kasih ya........terima kasih sangat-sangat.
Ramai yang mengatakan ia sedap pada selera mereka, alhamdulillah
Ada beberapa yang telah cuba pasarkan dan maklum balas memang memberasangkan..
Ada yang dok obersea tapi masak dengan buah yang terdapat di sana
Sedap...kata nya
Siap promote lagi kat minah-minah saleh di sana..

Seronok akak dengar !

Ada tu kata mereka ....
ingat boleh disimpan beberapa hari, tapi bila dah siap, 1 hari dah licin ....
Ada yang bertanya akak beberapa kemuskilan,
Jasdi dengan ada nya video yang akak buat ini moga dapat menjelaskan lagi proses menyediakan nya.

Lagi satu,..
Apa-saja buah-buahan boleh dimasukkan tapi pastikan buahan jeruk dan kering sahaja ya,
Dan ia akan di celur secara berasingan kerana proses mencelur bergantung kepada saiz buah,

Yang kecil atau lembut tu sekejap saja dalam 4-6 saat saja,
Kalau yang besar atau sedikit keras, lebihkan 3-4 saat 
Macam bawang, halia dan cili padi akak akan lebihkan masa kerana ia bahan mentah.
Tapi pastikan 'air mengelegak kembali' sebelum mencelurkan buah seterus nya.....

Yang akak tak celur, cuma Limau jeruk untuk mengelakkan jus limau hilang.

JOM KITA TONTON VIDEO...

Jangan lupa ya, ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !



Jomm....

BAHAN TUMIS


Bahan A (Bahan tumis)
1 1/3 cawan Minyak untuk menumis (Lebihkan kerana buah akan menyerap minyak nanti. )
1 sudu besar biji sawi

Ditumbuk atau kisar tanpa air...
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
halia sebesar ibu jari

Bahan B (Rempah tumis)
1 camca kecil Kunyit serbuk
1 camca besar  Cili Serbuk

Di Sangai dan dikisar halus...
1 camca Besar Ketumbar biji
1 camca kecil Halba
1 camca kecil Jintan Putih biji
1 camca kecil Jintan Manis biji

Bahan C
3 cawan gula putih
1 1/2 cawan cuka Makan
garam secukup nya

Bahan D
Di Sangai ....
1/4 cawan bijan
1/3 cawan biji sawi


BUAH-BUAHAN


Bahan E (Buah-buahan)
50-150 gram setiap jenis buah buahan kering atau jeruk
Kalau buah yang berbiji atau besar tu, saperti Kurma atau prune tu lebihkan sikit berat timbangan.
(Di potong 2 atau 4 mengikut saiz, atau dibiarkan sebiji-sebiji)
2 labu Bawang Putih (dibelah 2 jika bersaiz besar)
12-15 ulas bawang merah (dibelah 2 )
Cili Padi secukup nya (Lebih pedas lebih sedap. Biasa nya cili bila dah dimasak, dah kurang kepedasan nya)
Limau jeruk (di belah 12-16 mengikut saiz)

* Panas kan air sampai mendidih dan celurkan satu satu bergantung kepada saiz, dan kelembutan, kecuali 'Limau Jeruk' tak payah di celur.

Yang kecil atau lembut tu sekejap saja dalam 4-6 saat saja,
Kalau yang besar atau sedikit keras, lebihkan 3-4 saat 
Macam bawang, halia dan cili padi akak akan lebihkan masa kerana ia bahan mentah.


Buah Pala sagat pula, boleh dicelur atau dibiarkan begitu saja..

Tapi pastikan 'air mengelegak kembali' sebelum mencelurkan buah seterus nya.....


Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan  bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula..)
5. Masukkan bahan E dan akhir sekali bahan D dan digaul sedikit supaya bercampur. (JANGAN dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)

* (Pastikan tiada air di gunakan. Air dari buah-buahan akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

Boleh bertahan ~ 1 tahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dgn air.

* Selamat menjamu selera .....

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

No comments:

Powered by Blogger.