Monday, 31 August 2015

Friday, 28 August 2015

NASI LEMAK LEMUNI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Nasi Lemak Lemuni ...
menjadi kegemaran keluarga saya
dihidangkan sebagai sarapan pagi kami sekeluarga
memang sedap di makan dengan 'sambal tumis sotong sayap' 

haruman daun lemuni ditambah dengan aroma halba memang membangkitkan selera ...
harum satu rumah semasa nasi sedang di masak
memang tak sabar nak makan ...

Bahan A (untuk 8 orang makan)
4 pot beras (anggaran 550 gram)
3 pot santan
10 tangkai daun lemuni dimesin dengan 3 pot air (1 tangkai ada lebih kurang 3 helai daun)
1 pot air biasa
1/2 sudu teh halba sahaja
1 ulas bawang besar (belah 8)
3 helai daun pandan (disimpul)
1 inci halia
sedikit garam

Bahan B
3 genggam 'sotong sayap' (Sotong kering)
15 biji cili kering (diblend)
sedikit belacan (diblend)
sedikit air asam jawa
1 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji bawang besar (tumbuk)
1/2 sudu besar gula putih
1 kuib pati bilis 'KNOR'
sedikit garam

Bahan C
Telur rebus
Kacang tanah goreng
Timun

Cara-Cara Memasak Nasi
1. Daun lemuni dimesin dengan 3 pot air sehingga halus. Buang kan buih-buih yang terhasil selepas blend.
2. Masukan semua bahan A diatas termasuk air lemuni (tidak perlu ditapis).
   * 4 pot beras + 7 pot air (3 pot santan  + 3 pot  air lemuni + 1 pot air biasa).
3. Masak saperti masak nasi lemak

Cara-Cara Memasak Sambal Tumis
1. Sotong sayap direndam dalam air panas selama 2 jam untuk melembutkan ia disamping membasuh dari bauan sotong kering. Saya menukar air nya sebanyak 3 kali semasa dalam tempoh tersebut.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
3. Masukkan cili kering yang telah diblend, sotong dan kesemua bahan B diatas.
4. Masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi sedikit pekat.

* Selamat menjamu selera ...

Thursday, 27 August 2015

MIX VEGE ... Lemak Putih


Assalamualaikum dan Salam sejahtera

sayur lemak memang menjadi kegemaran saya !
tapi jangan terlebih lemak, risau pula kolesterol

lebihkan jagung lagi sedap kan
tambahkan pula dengan 'cendawan telinga kera'...terasa kenyal-kenyal cendawan gitu,
sedap sangat-sangat

Bahan A
Jagung Muda
Cendawan 'Telinga Kera'
Kubis Bunga Putih
Kubis Bunga Hijau
Kacang Buncis
sedikit Cili padi
Santan Pekat.
Bawang besar
sedikit garam
1/2 kiub pati bilis 'KNOR'

Cara-Cara Memasak
1. Rendam Cendawan 'Telinga Kera' dalam air panas mendidih selama 1 jam untuk melembutkan  nya. Boleh juga direbus seketika. Kemudian toskan air nya.
2. Masukkan kesemua bahan A kedalam periuk termasuk cendawan dan masak sehingga hampir mendidih.

Simple kan !

* Selamat menjamu selera ...

Cendawan Telinga Kera

Wednesday, 26 August 2015

PASTA JAGUNG BER'SOS ... pencuci mulut


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pasta Jagung Bersos ...
selepas masak...
simpan didalam peti sejuk sehari semalam sebelum dihidangkan yaaaaa...
.... untuk memastikan yang pasta menjadi lebih sebati dengan susu.
!!! rasa tak sabar nak makan 

Sedap dimakan pada bila-bila saja !
Sambil menonton tv tu, sudu kan 1 mangkuk,
lepas tu tambahkan lagi semangkuk
tambah lagi dan lagi

untuk kali ini saya menggunakan isi jagung sebenar, bukan nya yang 'creme'. 
tetapi boleh juga digantikan dengan 'Creame Corn'
rasa nya akan jadi lebih sedap lagi.

Susu pula boleh digantikan dengan santan
Jika santan digunakan, pastikan kita 'skip' pewangai Pisang tetapi gantikan dengan Daun Pandan.
dan jangan lupa tambahkan sedikit garam untuk menjadikan ia lebih lemak

Semua nya sedap !!!

Bahan A (Untuk 8 orang)
120 gram pasta (saya guna pasta yang berbentuk cengkerang)
120 gram gula putih
1 liter Susu 'Full Cream Dutch Lady'
1 Tongkol Jagung (saya guna yang dalam tin / kebetulan ada dalam simpanan)
Pewangi Pisang 'Star Brand'

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Rebus pasta sehingga betul betul lembut. Tetapi jangan sampai hancur.
2. Toskan air nya dan siram kan air sedikit untuk menghilangkan bau pasta.
3. Jika menggunakan jagung yang masih belum dimasak, rebus seketika dan asingkan dari tongkol nya.
4. Satukan pasta, butiran jagung, susu dan gula kedalam periuk dan masak sehingga mendidih.
5. Angkat dan sejukkan sedikit, bari dimasukkan pewangi pisang.
6. Simpan didalam peti sejuk sehari semalam sebelum dihidangkan.

* Selamat menjamu selera ...
   

Monday, 24 August 2015

NASI AYAM HAINAN yang terlajak sedap ........





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ...

Hari ini saya nak kongsi resepi nasi ayam Hainan yang Alhamdulillah 'memang-memang-memang' terlajak sedap'.

Sebenar nya hajat hati tu nak buat saperti 'Nasi Ayam Yunnan' yang famous di KL dan Bangi tu.
Tapi tang nasi tu masih belum menjadi lagi saperti yang di idamkan walaupon dah belajar dari 'Tokey' nasi ayam tu. Mungkin ada beberapa tips yang masih terlindung.   Tak apa pelan-pelan.

Walau bagaimana pon apa yang terhasil adalah diluar jangkaan.
Bak kata orang sekarang  'Terlajak sedap' ... setanding dengan nasi ayam Yunnan tu.

Nasi ayam nya lembuutttt sangat sebiji sebiji walaupon saya menggunakan beras biasa.
Ayam yang begitu 'moist'
Sambal dan Kicap yang amat menyelerakan
Sup yang simple tapi memang terangkat habis.
* Sehinggakan saya boleh makan dan 'tambah berpinggan' nasi dan sup sahaja setelah kehabisan ayam.

Dah sebut pasal nasi ayam Yunnan ni, siapa-siapa yang dok KL boleh lah singgah di PNB Darby Park untuk menikmati nasi ayam ini. Atau yang tinggal di bangi pon boleh cari restoren nya. Boleh search Google.
Nasi nya memang sedap ! Lemak dan terasa. Nasi ayam yang 'Paling Sedap' yang pernah saya beli.
Semasa saya masih berkhidmat di Bangunan PNB boleh dikatakan ini lah menu saya hari hari selain dari 'Nasi Ayam Goreng Kunyit' yang dijual kedai bersebelahan.
Saya ni boleh dikatakan dah jadi pelanggan tetap di situ, adik/Tokey disitu pon dah tahu selera saya, kalau saya pergi je, mesti  mereka akan sediakan Cili Padi khas untuk saya dan 'SUP nak lebih'
Harga nya RM6 satu set..masa tu lah, sekarang kurang pasti. Tapi jangan risau ayam nya memang banyak ! Puas makan

Dah tinggal jauh ni, kalau nak makan nasi ayam kena masak lah jawap nya

Jom kita semak resepi nasi ayam Hainan yang 'memang terlajak sedap' ni..
Kalau tengok pada resepi rasa saperti biasa saja kan..
Tapi tektik memasak/menyediakan yang berlainan menjadikan masakan kita rasa tidak sama saperti biasa.
Ini adalah kali pertama saya memasak nasi menggunakan lemak ayam dan dengan menggunakan beras biasa pon nasi saya saya menjadi 'seroi' tapi teramat lembut sekali.

Untuk 10 orang makan

Bahan A (Sup)
Ayam 1 ekor (dipotong kepada 4 bahagian, di asingkan lemak-lemak ayam)
1/2 periuk air ('rice cooker standard size') yang akan menenggelamkan keseluruhan ayam semasa merebus
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam

Bahan B
daun sup
daun bawang
bawang goreng

Bahan C (Perapan ayam)
Kicap masin 'Kipas Udang'
2 sudu besar Sos Tiram

Bahan D-1(Nasi)
* Minyak dari Lemak ayam
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun pandan (dikerat 4)
1/2 sudu teh kunyit serbuk

Bahan D-2
6 pot beras (anggaran 800 gram)
10 pot air
1/2 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam

Bahan E (Sambal Cili)
10 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 sudu besar gula putih
jus air limau kasturi dari 3 biji
sedikit garam

Bahan F (Kicap)
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
Kicap manis 'Kipas Udang'
lebihan dari bahan perapan ayam (C)
sedikit minyak dari gorengan ayam

Bahan G
Timun
Tomato biji
Daun Salat

Cara-Cara Memasak Sup
1. Didihkan air dalam periuk sehingga ia 'mendidih membuak-buak'.
2. Kecilkan api sekecil-kecil yang boleh dan masukkan betulan-ketulan ayam dan tutup tudung periuk. Biarkan ayam masak secara perlahan sehingga air mendidih kembali  (anggaran masa 1.30 jam bergantung kepada saiz ayam dan kuantiti air)
3. Keluarkan ayam dari periuk dan masukkan kedalam bekas yang berisi 'ketulan ais + air sejuk'. Ini adalah untuk memastikan yang proses memasak isi ayam terhenti yang akan menjadikan isi ayam terasa begitu 'moist' sekali.
4 Dalam periuk berisi rebusan ayam,  masukkan hirisan halia, bawang putih, garam dan kiub KNOR.
5. Siap. Sebelum hidang taburkan dengan bahan B

Cara-Cara Memasak Ayam
1. Keluarkan ayam dari air rendaman ais dan lumur dengan bahan C. 
2. Perapkan selama 10 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam secara 'Touch and Go' ia-itu anggaran 10-15 saat sahaja sekadar memastikan sos tiram dan kicap melekat pada ayam. Tidak perlu terlalu lama kerana isi ayam telah pon masak dan untuk memastikan ia kekal 'moist'.
4. Renjis dengan Minyak bijan semasa menghidangkan nya 

Cara Memasak Nasi
1. Dalam kuali, masukkan lemak-lemak ayam dan goreng sehingga ia cair (tidak perlu ditambah sebarang minyak semasa menggoreng).
2. Dalam 'rice cooker', masukkan minyak ayam dan tumis bahan  D-1 sehingga bawang putih 'betul-betul garing'.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh dan di toskan air nya. Goreng seketika anggaram masa 5 minit. Ini adalah untuk memastikan beras tidak hancur semasa proses memasak.
4. Masukkan air, kiub ayam dan garam. Rata kan dan biarkan nasi masak saperti biasa.

Cara Menyediakan Sambal Cili
1. Kisar kesemua bahan E kecuali jus air limau kasturi dan garam.
2. Apabila siap masukkan baru dimasukkan jus air limau kasturi dan garam dan ratakan.

Cara Menyediakan Kicap
1. Satukan bahan F dalam periuk dan masak seketika sekadar ia mendidih
Pastikan bahan tumisan untuk nasi betul betul garing

Beras yang digoreng seketika

Ayam yang direndam dalam ketulan ais



Friday, 21 August 2015

UDANG GORENG KACANG BUNCIS yang mengancam selera !



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Udang Goreng Kacang Buncis
salah satu lauk kegemaran arwah emak dan keluarga saya

nak memasak nya pon simple
tak perlu banyak bahan tapi tersangat lah sedap
lagi lagi kalau dimasukkan cili padi
kena sangat dengan selera saya

rasa dah lama tak masak resepi ini
kalau nampak udang dan kacang buncis terus teringat lauk ni

Jom kita terjah resepi

Bahan A
minyak untuk menumis
10-12 ekor bersaiz besar (dibuang tahi/pasir yang terletak diatas kepala udang)
12-15 Kacang Buncis (dipotong menyerong)
2 sudu besar air asam jawa
Sedikit kicap masin Kipas Udang (sedikit sahaja)

Bahan B (ditumbuk)
2 biji bawang besar atau 10-12 ulas bawang merah
6 biji cili merah atau kalau nak pedas boleh ditambah dengan 12 biji cili padi
sedikit belacan
sedikit garam

Cara-Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan B (bahan tumbuk) dan goreng sehingga sedikit garing dan harum.
3. Masukkan air asam jawa.
3. Masukkan udang dan ratakan sambal.
4. Apabila udang separuh masak terus masukkan buncis dan kicap.
5. Teruskan memasak lebih kurang 2-3 minit lagi dan boleh lah diangkat. Ini adalah untuk memastikan yang udang tidak terlebih masak yang akan menjadikan ia kecut.

* Selamat menjamu selera

Wednesday, 19 August 2015

PIOOR OAT yang kaw-kaw oat


Assalamualaikum semua....
Raya dah pon berlalu
hari ni baruuuu nak post entry cookies
jangan maree !!!!
nanti kena jual !

Biskut Raya....
Ini lah satu satu nya biskut raya saya untuk tahun ini
maklumlah bukan jenis yang gemarkan biskut ,
macam ni lah ...
biskut yang betul betul menepati selera saya dan keluarga saja saya buat
bagi saya biskut biskut yang lain rasa nya lebih kurang sama saja..
biskut ni rasa nya lain dari yang lain, 'pio' OAT !
sedap nya ...........lemak lemak oat !

Tapi ...
bila tamu datang baru 'kelam-kelibot' cari biskut tambahan kat rumah sebelah .. rumah kakak saya
nasib baik rumah dekat !

Raya ...
saya cuma sediakan 1 cookies, 1 maruku, ketupat pulut daun pisang bersama rendang hijau dan Mee Rebus Utara.
Simple kan

Cookies ini pon simple tapi 
ya ampuuuun !
sedap sangat !
Kawkaw Oat  !
Tak ada tepung langsung !

Bahan A
500 gram 'Instant Oatmeal' (Di-blend halus)
1 tin susu pekat manis (500 gram)
80 gram Buttercup

Cara-Cara Mengadun
1. Satukan kesemua bahan A sehingga rata.
2. Perap selama 1 jam sebelum di terap dengan acuan pilihan
3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C dengan menggunakan api bawah sahaja, selama 8-12 minit bergantung kepada kehangatan oven anda. (Sekadar bahagian bawah sedikit keperangan dah mencukupi).

* Selamat mencuba .......


Monday, 17 August 2015

BIHUN GORENG BAWANG BESAR supper sedap !


Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Jalan-Jalan...
Saya ni memang suka dan gemar berjalan-jalan ke rumah sahabat alam maya.
Salah seorang sahabat yang kerap saya berkunjung ke rumah nya adalah Puan Azie.
Disamping berkongsi resepi memasak, beliau tidak lokek berkongsi ilmu lain yang telah  dipelajari untuk dijadikan sebagai panduan bersama.

Dah sampai ke rumah beliau, rasa tak sah kalau tak jengok dapur nya, Tengok apa sajian yang beliau sajikan untuk keluarga.
Menarik dan sedap semua nya !

Ada beberapa resepi yang telah saya cuba, salah satu nya adalah Mee Hoon Goreng Yang Sangatlah Sedap Nyer
Ini adalah kali ke 3 saya memasak menggunakan resepi ini.
Sedap !
TQ Azie...

Jom cuba
Resepi dibawah saya olahkan sedikit mengikut bahan-bahan yang ada

Bahan A
Minyak untuk menumis
1/2 bungkus bihun (Kali ini saya guna Bihun Siam kerana ia lebih halus) - direndam hingga lembut & ditos

Bahan B
1 biji bawang besar (dihiris)

Bahan C (ditumbuk)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sejemput atau anggaran 20-25 ekor ikan bilis

Bahan D
10 biji cili kering (diblend- Kali ini saya tumbuk)

Bahan E
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap lemak manis 'Kipas Udang'
1 sudu besar gula putih
1/3 kiub 'Pati Bilis'
Garam

Bahan F
4 ekor sotong (yang bersaiz besar) atau udang

Bahan G (Hiasan)
Bawang goreng
Daun Bawang

Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis Bahan B (hirisan bawang besar) sehingga naik bau. Bawang ini lah yang menjadikan sambal kita 'lebih sedap dan lebih wangi'.
2. Masukkan Bahan C (bahan tumbuk) dan kacau rata sehingga naik bau.
3. Masukkan pula Bahan D (cili tumbuk) dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
4. Setelah cili garing, masukkan sedikit air diikuti Bahan E dan F(Sotong). Masak seketika kerana tidak mahu sotong terlalu masak.
5. Kemudian masukkan Bihun. Kacau rata, tutup kuali dan kecilkan api. Biar selama 5-7 minit supaya bihun masak secara perlahan.
6. Masukkan taugeh dan ratakan untuk kali ke 2. Siap
7. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

* Selamat menjamu selera

Thursday, 13 August 2015

Sirap BIRU OMBAK RINDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Raya AidilFitri beberapa hari lepas saya sediakan 2 jenis minuman iaitu Sirap Selasih Pucuk Pisang dan Biru Ombak Rindu.
Sirap Biru Ombak Rindu ini saya masak lebih,  untuk berbuka puasa dan juga untuk Sambutan Hari Raya.

Resepi sirap berherba ini saperti Sarbat Biru Ombak Rindu 


BahanA
3 kilo Gula putih 
20-25 helai daun pandan
1.5 botol air biasa (saiz botol sirap F&N)
Beberapa titis pewarna biru 'Star Brand'
8 batang kulit kayu manis

Cara-Cara Memasak:-
1. Masukkan semua bahan A kedalam periuk dan masak sehingga gula larut dan daun pandan betul-betul layu.
2. Sejukkan dan masukkan kedalam botol.

Sunday, 2 August 2015

CEKODOK DURIAN


Assalamualaikum dan Salam Syawal

kebetulan sekarang durian sedang bermusim
sedap juga kalau bersarapan cekodok dengan perasa durian

jom pekena sepiring
mungkin akan bertambah jadi dua-tiga piring !

Bahan A
7 biji pisang emas yang ranum ( pisang yang saya gunakan ini bersaiz kecil. Jika sederhana besar boleh lah gunakan dalam 4 atau 5 biji)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan gula putih
2 ulas isi durian
sedikit garam

Bahan B
Minyak secukupnya (untuk goreng tenggelam)

Cara-Cara Memasak
1. Satukan kesemua bahan A. Lenyek Pisang dan gaulkan rata
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Basahkan tangan terdahulu. Jemput adunan dan masukkan kedalam minyak yang sederhana panas.
4. Balik balikkan.
5. Angkat apabila warna cekodok bertukar keperangan.

* Selamat menjamu selera ...