Sirap BIRU OMBAK RINDU
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Raya AidilFitri beberapa hari lepas saya sediakan 2 jenis minuman iaitu Sirap Selasih Pucuk Pisang dan Biru Ombak Rindu.
Sirap Biru Ombak Rindu ini saya masak lebih, untuk berbuka puasa dan juga untuk Sambutan Hari Raya.
Resepi sirap berherba ini saperti Sarbat Biru Ombak Rindu
BahanA
3 kilo Gula putih
20-25 helai daun pandan
1.5 botol air biasa (saiz botol sirap F&N)
Beberapa titis pewarna biru 'Star Brand'
8 batang kulit kayu manis
Cara-Cara Memasak:-
1. Masukkan semua bahan A kedalam periuk dan masak sehingga gula larut dan daun pandan betul-betul layu.
2. Sejukkan dan masukkan kedalam botol.
No comments: