Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
beberapa hari lepas saya sediakan 'Gulai Telur Rebus' untuk keluarga saya
sebenar nya kalau nak di ikutkan, saya ni bukan nya peminat gulai telur
kalau gulai Ikan OK lah, suka sangat !
sebab tu saya jarang masak gulai telur
tapi selepas menikmati juadah ini saya dah jadi suka pula
gian !
...rasa masam kari
...kedut-kedut luaran telur yang digoreng seketika
...lembut nya isi telur dibahagian dalam
...ditambah dengan aroma bunga kantan
menjadikan ia terasa begitu sedap dan berselera sekali
sekejap saja habis seperiuk gulai
Bahan A
10 biji telur ayam (direbus, dikopek kulit dan digoreng seketika sekadar luaran telur bertukar keperangan)
Bahan B
1/2 cawan minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari1/2 sudu besar halba campur
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar atau 6 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 inci halia(dihiris nipis)
Bahan C
3 sudu besar rempah kari Ikan 'Babas'
1 cawan air biasa
5 keping asam gelugor(saiz kecil) atau 4 keping jika bersaiz besar
1 kiub pati Ikan Bilis 'KNOR'
sedikit garam
Bahan D
2 cawan air biasa (untuk menggantikan santan)
1 kuntum Bunga Kantan (dibelah 2)
Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk. Pastikan minyak betul betul panas.
2. Masukkan bahan B dan kacau sehingga keperangan dan wangi.
3. Masukkan bahan C yang telah di adun, kemudian besar kan api.
4. Apabila rempah tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan rempah masak secara perlahan sehingga menjadi sedikit kering dengan minyak yang bergeledangan dengan. Setiap 5 minit pastikan rempah dikacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan bahan D dan dikacau-kacau supaya rempah sebati dengan air.
6. Terus masukkan telur rebus. Kecilkan api dan biarkan kuah mendidih perlahan-lahan.
* Selamat menjamu selera ...
nampak mengancam betul gulai ni FHA boleh try ni
ReplyDeleteAlhamdulillah, sebelum ini saya memang kurang berminat gulai telur, sekarang dah jadi sebalik nya pula, ..boleh cuba Nooriah !
Delete