KWETIAU LADNA... kesukaan keluarga




Assalamualaikum...

Selamat pagi...
Hari ni saya nak kongsikan resepi Kwetiau yang sedap
saperti saya katakan dahulu makanan yang berkuaH memang menjadi kesukaan saya

amboii...
sedap sungguh dimakan ketika panas-panas, disulam pula dengan cili padi kampong

Jom kita masuk ke dapur ...

Bahan A
1 sudu makan minyak
1 bungkus kwetiau anggaran 500 g
kicap masin 'Kipas Udang'
Kicap manis 'Kipas Udang'

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih (dicincang)
2 ketul isi ayam (dipotong sederhana besar)
10 ekor Udang bersaiz sederhana (dibuangkan kulit nya)
1/2 pokok daun sup (dipotong 1/2 inci panjang)
Air secukup nya sebagai kuah
1 kiub pati ayam 'KNOR'
1 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
sedikit garam
sedikit fish cake
1 biji telur ayam (dikocak)

Bahan C
Sayur Sawi
Lobak merah

Bahan D 
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
* Jika rasa kuah kurang pekat boleh ditambah lagi

Bahan E
Cili Padi potong

Cara-Cara Menyediakan nya:-
Penyediaan Kwetiau
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Masukkan kwetiau, kicap manis dan kicap masin. Pastikan kicap masin dimasukkan sedikit sahaja berbanding kicap manis. Gaulkan seketika biar rata( anggaran masa 2-3 minit saja) dan boleh lah diangkat.

Penyediaan Kuah
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis bawang putih sehingga keperangan dan berbau harum.
3. Masukkan ayam, daun sup, lada hitam dan garam; dan masak sehingga daun sup menjadi kecut dimana ketika ini aroma kuah amat harum sekali.
4. Masukkan air dan kiub ayam; dan masak sehingga kuah mendidih.
5. Masukkan pula udang (udang dimasukkan diperingkat ini kerana saya tidak mahu ia terlalu kecut), fish cake, sayuran sawi dan lobak. Biarkan sehingga kuah mendidih kembali.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung.
7. Akhir sekali curahkan telur kedalam kuah dan biarkan seketika;  boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera ...

4 comments:

  1. Sama lah FHA...
    Kwetiuw ladna kesukaan kami sekeluarga..
    Sedap menghirup kuah tu panas2 ;)

    ReplyDelete
  2. Saya pantang jumpa... selalu nya ini menjadi pilihan

    ReplyDelete
  3. woooo... cili padi kampung, pasti berasap-asap tinge he he hee....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.