Thursday, 14 April 2016

KARI UDANG MAMAK STAIL ... memang sedap gila !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Kalau masak kari udang berbanding dengan ikan, asam mesti dikurang kan untuk mengekalkan rasa udang.
Kena pula udang besar dan baru,  memang sedap dan manis.
Tempoh memasak pula jangan terlalu lama untuk mengelakkan isi udang menjadi keras dan liat.
Kebiasaan nya saya akan rampai dengan kacang panjang.
Tapi kali ini saya tukar dengan ubi kentang... yakni ubi 'mengala' kata orang utara

Update terkini....Resepi click KARI UDANG MAMAK 'RESTOREN NASI KANDAR', akak sanggup ke kedai mamak semata nak belajar,
Best ever kari ! 
Akak sertakan VIDEO untuk senang paham ! hokey !!!

Jom kita masak versi mamak.
Selalu nya versi mamak direstoren tu kalau kita perasan rempah nya masih terasa aroma rempah 'mentah'. Ini kerana tempoh memasak yang singkat, maklumlah nak cepat.....
Tapi kalau nak makan sendiri, kita masak betul-betul hingga hilang aroma rempah 'mentah' ini ya...


Jomm

Bahan A
3 ulas bawang merah (dimayang nipis)
3 ulas bawang putih (dimayang nipis)
1/2 sudu besar halba campur
1 inci halia (dimayang nipis)
6 biji cili kering
3 tangkai daun kari



Bahan B (Disatukan dan dijadikan pes)
3 sudu besar penuh 'Rempah Kari Udang  (Boleh digantikan dengan Rempah Kari Ikan)
2 keping asam gelugor
6 ulas bawang merah (dimayang nipis)
3 ulas bawang putih (dimayang nipis)
1 sudu teh lada hitam serbuk
1/2 sudu teh jintan manis serbuk
1/2 sudu teh jintan putih serbuk
Sedikit air

Bahan C
1 mangkuk air biasa (menggantikan santan)
2 biji ubi kentang (dibelah 2 atau 4 mengikut saiz ubi)

Bahan D
1 kilo Udang besar (dikeluarkan tahi/pasir yang terletak dibahagian kepala udang).
2 biji bawang besar (dibelah 4)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis kesemua bahan A kecuali daun kari sehingga bawang bertukar hampir keperangan.
2. Masukkan daun kari dan kacau seketika sehingga daun sedikit layu dan terbit aroma daun kari.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga terbit minyak.
4. Masukkan bahan C dan masak sehingga ubi 3/4 empok.
5. Akhir sekali masukkan udang dan bawang besar (bahan D). Perlahankan api dan masak sehingga kuah hampir mendidih terus diangkat untuk mengelakkan udang terlebih masak.

* Selamat Menjamu Selera ...

16 comments:

  1. ishh sedapnyaaa.. nak kena cuba buat ni..

    ReplyDelete
  2. Wah sedapnya. Excited nak try jugak ! Tq share resipi. Hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya puan.. nak tanya cabai kering tu buh lagu tu saja ka..

    ReplyDelete
  4. Menu mlm nih....tunggu ai cik udang

    ReplyDelete
  5. Sedapnya...kena cuba buat...
    Nak tanya..tak guna santan @ susu cair ke apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tambah santan atau tidak terpulang kepada selera memasing. Yang ini akak tak letak santan.Jadi akak cuma masukkan sedikit air masak supaya ia sedikit berkuah.

      Adalah lagi satu resepi akak share Kari Udang Mamak Restoren Nasi Kandar' berserta 'video'... Akak belajar dengan mamak jual rempah. Rasa yang ini sebiji macam di restoren mamak.

      Delete
  6. Dah dua kali masak sedap hingga mejilat jari

    ReplyDelete
  7. Dah try,mak mentua anak mami,dia kata sedap,tqvm share resepi😊

    ReplyDelete
  8. Sedap sgt... Cuma saya tmbh sntan... Trima ksih share resepi

    ReplyDelete