Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pengunjung blog masakan alam maya ini
Juga Salam Jumaat kepada semua...
Alhamdulillah hari ini Intai-Intai Dapur FHA telah berwajah baru.
Dengan... sedikit susun atur yang berbeza !
Dengan... latar yang lebih cerah dan lebih ceria !
Tetapi ...masih dengan isi yang sama !
In Sya ALLAH akan dipermantapkan lagi dengan pertambahan maklumat terbaru dari masa ke masa !
Yang paling ketara sekali
new branding 'FHA Selemak Santan'
moga-moga blog saya ini akan
... lebih menarik
... lebih menawan
... lebih manis
... dan lebih berlemak lagi
In Sya ALLAH !!!
Saperti biasa kita jangan buang masa, jom kedapur melihat menu kongsian untuk hari ini 'MASAK ASAM TUMIS KARIPOLEY'
Bahan A (diperap selama 1/2 jam)
5 ketul ikan bawal (boleh digantikan dengan ikan tenggiri atau ikan merah)
serbuk kunyit
garam
Bahan B
minyak untuk menggoreng
3 tangkai daun kari
1 inci halia (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
Bahan C
2 batang serai (diketuk lebam)
2-3 biji bawang besar (dihiris tebal)
Bahan D
1 cawan Jus Asam Jawa (Asam sebesar 2 ibu jari dan diperah 2 kali)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu besar Sos Tiram
Bahan E
Kicap Masin Kipas Udang
Kicap Manis Kipas Udang
1. Panaskan kuali dan goreng ikan yang telah diperap tadi sehingga garing dan kemudian diangkat.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan A sehingga bawang bertukar keperangan dan berbau wangi.
3. Kemudian masukkan bahan C dan goreng sehingga bawang hampir layu.
4. Masukkan bahan D dan kecilkan api, biar kuah menjadi sedikit pekat dan terbit minyak yang bergelidangan. Dengan ini kuah asam akan menjadi lebih sedap.
5. Masukkan Ikan yang telah digoreng dan bahan E.
6. Biarkan seketika supaya ikan sebati dengan kuah sebelum diangkat.
* Selamat Memasak ...
Mantap..!!
ReplyDeleteAlhamdulillah... Pakaikan gincu sikit bagi lawa. hehehe !
DeleteAssalamualaikum tuan rumah,
ReplyDeletelama tak datang sini, ingatkan salah rumah..... :D
Waalaikumussalam Amie... Rumah sama, cuma tukar lansir tingkap aja dan ubah posisi kerusi -meja. hahaha
Delete