Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ..
AYAM LADA HITAM
Lauk ini saya sediakan untuk berbuka tempoh hari.
Sebelum tu saya ronda-ronda dulu di alam maya untuk mencari-cari resepi yang memikat hati dan akhir nya Resepi Bonda menjadi pilihan
Sedap ! Isi Ayam yang begitu moist.
Emmm....
Lepas masak terus letakkan bawah tudung saji.
Tak nak tengok lama-lama takut menjilat bibir !
Ahaks !!!
Bahan A (diperap 1/2 jam)
2 ketul dada ayam (dipotong sederhana besar)
1/2 sudu kecil Lada Hitam (ditumbuk)
2 sudu besar kicap Lemak Manis
1 sudu besar Sos Tiram
Bahan B
Minyak masak untuk menumis
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1/2 inci halia (dihiris)
Bahan C
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar Kicap Lemak Manis
1/2 cawan air
Garam
Gula (* saya tak masukkan)
Bahan D
1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
3 biji cili padi merah (dipotong menyerong)
3 biji cili padi hijau (dipotong menyerong)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak. Oleh kerana saya menggunakan ayam tanpa tulang, jadi proses menggoreng adalah selama 1-2 minit sahaja. (Jika terlalu lama takut isi ayam akan menjadi keras dan hilang ke moist' an nya. Boleh juga dipanggang jika suka.
Angkat dan toskan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan B sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan C dan biarkan ia mendidih sebentar.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul kan lagi hingga sekata.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk menjadikan kuah sedikit pekat.
6. Akhir sekali masukkan cili potong sebelum angkat.
* Selamat Menjamu Selera ...
anak sulung kaknoor memang suka sngt masakan macam ni
ReplyDeletesbb tak pedas dan dia suka sngt dgn kicap
boleh try resepi ni nnti FHA