Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ..
NASI GORENG ARAB BER'DAGING
Dulu kecil-kecil selalu juga masak nasi goreng ini, memang menjadi kesukaan keluarga kerana aroma nya yang amat menyelerakan.
Sekarang pon kerap juga saya sediakan nya bila rasa-rasa kurang selera makan.
Kebiasaan nya nasi ini dimakan dengan ikan masin.
Tetapi semalam saya gantikan ia dengan daging
Kebetulan masih ada sedikit daging dalam peti sejuk beku, kalau nak dimasak gulai memang tak cukup la..
Nasi goreng ini saya sediakan untuk sarapan pagi juga merangkap makan tengahari kerana nak mengejar masa.
Semalam ada temujanji dengan pihak Honda Service Center untuk menukar Air-Bag.
Alhamdulillah tidak dikenakan sebarang bayaran.
Selamat RM !!
Lagipon penukaran ini diarahkan oleh pihak honda sendiri, bukan kita yang minta melalui message yang dihantar kepada semua pemilik kereta honda.
Jom kita terjah resepi (Untuk 2 orang makan)
Bahan A
1 camca kecil minyak sapi 'Ghee Blend' (Minyak sapi lain kurang ber'aroma)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari
2 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1/2 inci halia (dihiris nipis)
1/2 camca kecil lada hitam (biar sebiji sebiji)
sedikit garam
Bahan B
Sedikit daging (dihiris kecil)
Bahan C
1 Mangkuk nasi putih
Lada hitam tertinggal dalam gambar diatas |
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis kesemua bahan A diatas sehingga bawang layu dan beraroma.
2. Masukkan daging dan teruskan menggoreng. Jika sedikit kering boleh lah ditambah beberapa sudu air.
3. Setelah daging masak, masukkan nasi dan balik-balikkan sehingga rata.
4. Siap dan bolehlah dihidangkan
* Selamat Menjamu Selera ...
No comments:
Post a Comment