Saturday, 11 June 2016

MEE TARIK 'LABU' ... Juadah hari ke-5 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Hari ni goreng Mee Tarik saja untuk berbuka.
Simple kan.
Tapi habis... licin

Tumbuk ikan bilis, letak udang hidup dan yang penting masukkan bawang besar dalam kuantiti yang banyak.
Fuhh yoo..
Alhamdulillah sedap
Rasa macam nak buat lagi nanti

Mee Tarik ni saya dapat percuma semasa saya berkunjung ke Tesco Seberang Jaya bulan lalu
Masa tu tengah ada promosi..dan hari itu adalah hari terakhir mereka.
Beli mana-mana 3 product Jenama 'Life' saperti kicap dan sos, kita diberi pilihan untuk memilih 1 antara beberapa barangan percuma yang ditawarkan.
Kebetulan sample mee yang siap dimasak juga diberikan untuk dirasa. Kata nya ini keluaran terbaru.
Jadi saya pilih mee labu ni... nak cuba masak sendiri
Dah hasil nya taraaaa ...memang sedap



Bahan A
200 g Mee Tarik (guna 3/4 paket saja untuk 5-6 orang makan)

Bahan A
Minyak untuk menumis
1 1/2 biji bawang Holland yang bersaiz besar (dihiris) * Lagi banyak bawang lagi sedap
Sejemput atau 30-35 ekor Ikan bilis (ditumbuk)
6 biji cili padi merah (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 cawan hirisan daun sup
1/2 cawan hirisan daun bawang
1 biji tomato segar (dibelah 8)

Bahan B
1 camca besar Sos Tiram
1 camca besar Sos Cili 'Life'
Kicap Masin Kipas Udang
3 camca besar 'penuh' gula putih
10 ekor udang hidup
1/2  mangkuk sayur sawi
sedikit air

Bahan Sampingan
Limau Kasturi
Bawang Goreng
Daun bawang

* Saya tidak menggunakan garam sebalik nya menggantikan dengan kicap masin
 Juga tidak menggunakan kicap manis tetapi menggunakan gula untuk menggelakkan mee terlalu hitam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Rebus air sehingga mendidih dan masukkan mee tarik. Masak selama 8-10 minit.
2. Toskan air dan letakkan dibawah alir air mengalir untuk mengasingkan lebihan kanji dan toskan.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga layu.
4. Masukkan baki bahan A yang lain dan masak sehingga daun sup betul-betul kecut.
5. Masukkan Sos Tiram, Kicap masin, gula, udang dan sedikit air.
6. Apabila Udang 1/2 masak, masukkan sayur sawi.
7. Akhir sekali masukkan mee tarik yang siap dicelur diatas. Ratakan sebentar dan boleh dihidangkan.

* Selamat Berbuka Puasa ...

1 comment: