Friday, 10 June 2016

RENDANG SEBERANG 'Ika Nabila' ... Juadah hari ke-4 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum ..

Lauk berbuka saya hari ke-4 Ramadhan masih lagi dari rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan a.k.a. 'KKR' yang disiarkan pada hari ini.
Artis jemputan adalah 'Ika Nabila' seorang 'pelakon kontroversi'... itu kata Sheila Rusly lah

Lauk yang disediakan nya adalah Rendang '???'.
Jangan terkejut
??? yang saya maksudkan tu adalah 'hehehe saya lupa nama rendang tuuu'
hahaha !!!

Maklum lah dah meningkat usia saya ni
Asyik dok fokus dengan bahan-bahan yang digunakan ja.
Nama rendang pon tak ingat...

Tapi yang saya perasan masa beliau sebut nama lauk tu.. saya berkata dalam hati 'Eh nama daerah dari negara seberang lah'
Jadi nak selamat... saya tukar ke 'Rendang Seberang' OK

Sheila Rusly kata ini pertama kali beliau tengok resepi rendang macam ini.. sikit-sikit macam dendeng sebab daging yang digunakan ditumbuk lebam-lebam

Apa-apa pon saya dah cuba ...
Alhamdulillah...
Memang sedap...

Bahan A
350 gram daging

Bahan B
Minyak masak
4 biji bawang besar (Jika bawang Holland boleh dikurangkan  kpd 2 sebab saiz nya lebih besar)
8 ulas bawang putih
25-30 biji cili kering (Dipotong pendek 1/3 inci, direndam dalam air panas dan toskan air nya)
1/2 inci halia (ditumbuk halus)
1 inci lengkuas (diketuk)
3 batang serai (diketuk)
2 camca besar Sos Tiram
Kicap Manis Kipas Udang
Kicap Masin Kipas Udang
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk) * Saya tambah untuk mewangikan rendang

Bahan C (Hiasan)
1 biji bawang besar (dipotong bulat tebal)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Rebus daging sehingga masak (Tidak perlu sehingga empuk kerana kita akan ketuk daging ini).
2. Toskan air dan hiris ~ 1/3 inci tebal. (Jangan terlalu nipis).
3. Ketuk daging lebam-lebam saja. 'Ala-ala manja gitu'

4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
5. Toskan minyak dan tumbuk 1/3 hancur.

6. Panaskan kembali baki minyak gorengan diatas.
7. Goreng kembali bawang besar/putih yang ditumbuk tadi, halia, lengkuas dan serai anggaran 1 minit.
8. Masukkan potongan cili kering dan terus menggoreng sehingga bawang bertukar keperangan dan cili kering kecut. * Proses ini mengambil masa kerana kita nak memastikan bawang bertukar keperangan dan cili benar-benar masak untuk menerbitkan aroma.
9. Masukkan daging dan perasakan dengan Sos Tiram, Kicap Manis dan Kicap Masin.
* Pastikan Kicap Manis lebih dari Kicap Masin.
* Jika terlalu kering atau inginkan sedikit berkuah, boleh lah masukkan air rebusan daging.
10. Sebelum angkat, masukkan bawang besar sebagai hiasan, kacau serata dan boleh lah dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

No comments:

Post a Comment