Sunday, 28 August 2016

MANDAI GORENG PEDAS-MANIS...Masakan daerah Kalimantan Selatan

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam hujung minggu semua ...

Biasa makan MANDAI ?
'Mandai' yang membawa maksud 'kulit cempedak' bagi orang Banjar yang kadang nya juga dikenali sebagai 'Dami '.

Cara-cara nak menyediakan mandai ini...
Pertama... kulit cempedak yang keras dibahagian luar akan dihiris/dibuang sehingga menampakkan bahagian putih dibahagian dalam.
Ia kemudian nya dipotong kepada ketulan sederhana tebal, dibersihkan dan direndam dalam air masak (suam)yang dicampur dengan garam dan akan disimpan selama beberapa hari yakni sekurang-kurang nya 5 hari sebelum dimasak.

Sebelum dimasak ia harus dibasuh terlebih dahulu untuk mengeluarkan garam yang berlebihan.  dan kemudian nya di hiris mengikut kekesuaian masakan.

Ini adalah pertama kali saya menyediakan mandai
Walaupon saperti disarankan untuk menyimpan nya sekurang-kurang 5 hari, tapi dek tak sabar nak merasa nya, saya memasak nya hari ini, walhal semalam baru aje dijerukkan.
1 hari jeruk pon dah sedap ....*ps.. saya letakkan garam lebih sebab nak makan cepat

Mengikut kata yang pernah menyediakan nya... lagi lama mandai ini dijeruk sampai sebulan, lagi sedap jadi nya, texture saperti daging gitu.


Jom....

Bahan A
sedikit minyak untuk menggoreng
4 mangkuk hirisan mandai
(Mandai yang dijeruk perlu dibasuh untuk mengeluarkan garam berlebihan dan dihiris nipis)

Bahan B (diblend halus)
4 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 camca besar gula
sedikit air

Bahan C
sedikit kicap lemak manis
1/2 kiub pati ikan bilis

1 mangkuk ikan bilis
6 tangkai cili kering (dipotong ~ 1 inci panjang)
3 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
3 tangkai daun kari
* Tak perlu garam (kerana mandai sudah tersedia masin)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng mandai sehingga kecut. Kemudian angkat dan toskan.


2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak dalam periuk (yang lain) dan tumis bahan B, masukkan kiub pati ikan bilis dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan terbit minyak. Masukkan kicap lemak manis dan angkat.
4. Panaskan kembali baki minyak dalam kuali, tumis cili kering selama seminit, kemudian masukkan bawang besar dan daun kari. Goreng sehingga bawang hampir layu.
5. Masukkan Mandai yang telah digoreng tadi dan sambal yang telah di masak. Gaul-gaul sehingga sebati dan sambal berpalut pada mandai.
6. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Gaul rata dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ya allah,sedapnya..meleleh air mata tgk masakan ni :'(

    ReplyDelete