Monday, 7 November 2016

CURRY DAGING CINCANG DAUN SELASIH ... Tips memasak curry penang yang sedap !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Saya ...
Kalau tak ada kari sehari dua, saya boleh tahan lagi.
Walau pon dah ada lauk lauk lain yang amat menyelerakan.
Lauk kari tetap menjadi pilihan.

Masakan Kari... masakan berempah memang tak boleh dipisahkan bagi saya
Tanpa kari macam kurang berselera nak makan

Secara jujur,
Saya memang lebih suka lauk kari ikan berbanding ayam atau pon daging
Tak tahu lah kenapa..

Tapi kari yang saya sediakan semalam memang menyelerakan saya
Saya boleh tambah berpinggan pinggan 
Ulang lagi berpinggan-pinggan walaupon dah larut malam

Satu pe'el saya , kalau masuk dapur semua nak cepat
Cepat masak, cepat membasuh, cepat mengemas
Supaya cepat dapat rehat-rehat

Kadang skip aja apa-apa bahan yang pada fikiran ok ja kalau tak masukkan .
tapi saya silap.
kerana ia sedikit sebanyak mempengaruhi keenakan masakan kita.

Macam masakan kari..
Arwah mak dulu kalau masak kari, bawang yang disediakan akan di bahagi kepada 2 bahagian.
Satu untuk tumisan dan satu lagi untuk dimasukkan dalam rempah.
Boleh juga kalau dimasukkan bersama-sama santan.
Malah pembantu rumah, juga anak saudara pon saya turunkan ilmu tersebut.

Tapi saperti yang saya maklum kan sebelum-sebelum ini...
Sejak akhir-akhir ni selalu saya skip bawang yang ke dua tu.
Maklum nak cepat, konon..lah 
Tapi bila menikmati keenakan kari yang dimasak oleh anak saudara, memang terasa berlainan sangat.
Selepas membanding kan resepi rupa nya baru perasan saya terlepas satu langkah.

In Sya ALLAH, lepas ini saya tak lupa bawang yang kedua tu
Kalau rasa malas 'sangat-sangat' nak tumbuk.. hiris saja pon boleh
janji masukkan
Ingat tu..!

Kalau tak percaya cuba lah
Dan bandingkan rasa keenakan masakan yang terhasil

Jom kali ini saya sediakan CURRY DAGING CINCANG DAUN SELASIH
Memang tumbs up !!!!

Bahan A
1/2 kilo daging cincang
2 keping asam gelugor
3 cawan/secukupnya air untuk melembutkan daging

Bahan B
Minyak untuk menumis
4 ulas bawang merah (dihiris nipis)
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan C (satukan dalam mangkuk)
3  camca besar 'penuh' rempah kari daging/ayam
1 camca besar lada hitam (ditumbuk halus)
1 cawan air
1 batang serai (diketuk lebam)
1/2 camca besar kerisik

Bahan D
1 biji bawang besar  (ditumbuk atau dihiris)
4 ulas bawang putih  (ditumbuk atau dihiris)
2-3 biji ubi kentang
Santan cair secukup nya sebagai kuah
10-15 helai Daun Selasih
garam
* Pastikan bawang besar bersaiz besar. Kalau kecil masukkan 2 biji.
Dan pastikan bukan bawang holand  ya......

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga bawang bertukar keperangan.
2. Masukkan bahan C dan perlahankan api. Masak sehingga pecah minyak yang banyak.
3. Masukkan bahan A dan masak sehingga daging lembut dan kuah susut.
4. Masukkan bahan D dan masak sehingga ubi empuk atau kuah mendidih semula.
* Jika ubi kentang yang berisi keras, bolehlah dimasukkan lebih awal ia-itu semasa separuh masa merebus daging.
5. Selamat menjamu selera..


4 comments:

  1. Tips terbaik. selama ni SB main kisar semua bawang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue Bee... Saya lebih suka tumbuk atau hiris saja bawang dari mengisar nya
      Kerana rasa yang terhasil dari bawanh kisar kurang enak.

      Tetapi jika masakan yang benar benar perlukan bawang kisar, saya memilih untuk mengisar dengan sedikit minyak berbanding air. Kisar pon ala kadar saja

      Delete
  2. Sedap! Nak cuba tapi susah nak dapatkan daun selasih. Yang kat garden semua dah mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH... Tak ada daun selasih pon ok juga. Kari tetap kari. heheh

      Delete