Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Lauk ayam memang tak menjemukan
Makan begitu saja pon sedap
Lagi-lagi ada tepung yakni 'kremes' kriuk-kriuk yang ranggup !!!!
Tak perlu sos bagai.......
Mungkin seekor pon tak cukup kan ...
Jomm kita masak AYAM GORENG KREMES yang begitu ranggup sekali iniLauk ayam memang tak menjemukan
Makan begitu saja pon sedap
Lagi-lagi ada tepung yakni 'kremes' kriuk-kriuk yang ranggup !!!!
Tak perlu sos bagai.......
Mungkin seekor pon tak cukup kan ...
Bahan A
1/2 ekor ayam (dipotong mengikut saiz yang dikehendaki)
1 helai daun bay
1 batang serai (diketuk lebam)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 kiub 'pati ayam'
sedikit air (hanya untuk 4/5 tenggelamkan ayam saja)
sedikit garam
Bahan B (diblend halus tanpa air )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 camca teh lada hitam
1 camca teh ketumbar
sedikit minyak untuk memudahkan proses kisaran
Bahan C (Tepung gorengan Ayam)
120 gram Tepung Sagu
2 sudu besar 'penuh' tepung beras 'Campuran' (Cap 1 Gajah)
1 biji kuning telur
250 ml 'air rebusan ayam' (Ambil lebih rempah-rempah rebusan)
1/2 sudu teh baking powder (dicampur semasa nak menggoreng ayam)
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kesemua bahan A dan B kedalam periuk dan rebus dengan api sederhana.
Kalau nak balik-balikkan ayam, pastikan dibalik dengan perlahan dan jangan terlalu kerap untuk mengelakkan ayam hancur. Proses merebus jangan terlalu lama kemungkinan isi ayam akan hancur dan texture menjadi kurang menarik.
3. Jika pasti isi ayam telah masak sampai ketulang, terus di angkat dan asingkan isi ayam dari air rebusan.
* Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk bahan C
4. Satukan kesemua bahan C dalam bekas yang lain dan ratakan.
5. Panaskan minyak dalam kuali.
6. Apabila minyak sudah panas, baru masukkan baking powder kedalam adunan tepung dan ratakan sekali lagi.
7. Celup ayam kedalam adunan tepung dan goreng.
8. Goreng pula jangan terlalu lama kerana isi ayam telah pon masak. Hanya sekadar nak menggaringkan tepung dibahagian luar sudah mencukupi dan boleh diangkat kedalam penapis yang dilapik dengan tisu penyerap minyak. Angkat juga kremesan dari gorengan ayam.
9. Tabur dengan kremesan semasa dihidangkan.
* Selamat Menjamu selera ...
Aiseh! Seronok makan ayam goreng ni. Yang bestnya ada tepung goreng ranggup.
ReplyDelete