Assalamualaikum, Selamat Sejahtera semua ..
Betapa sedap nya Mee Kolok !
Dengan aroma bawang putih dan hirisan daging
Aduhaiii.........
Masih dapat belum pernah merasa mee yang asli
Tapi tak menjadi halangan kerana Maggie kering pon boleh digunakan
Janji cara penyediaan dan ramuan nya menjadi, sudah mencukupi
non-fried noodles /instant mee
|
Jommm..
Rasa sekali nak buat lagi
Resepi untuk 8 orang
Bahan A (Untuk Mee)
6 keping non-fried noodles /instant mee (mee kering spt maggie mee) atau mi kolok
4 sudu makan Sos Ikan / Sos Soya
3 sudu makan Cuka Makan
Kicap Lemak Manis
1 sudu besar penuh Perencah Sup
350 g Daging Lembu
air secukupnya
1/2 kiub Pati Daging
sedikit garam
Bahan C (Untuk Daging)
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
4 sudu besar Sos Manis ABC/Kicap Lemak Manis
1 sudu besar Kicap Lemak Masin
minyak untuk menggoreng
12 ulas bawang putih (dicincang)
Bahan E (Untuk Sambal)
8-10 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar gula putih
3 biji limau kasturi (ambil Jus)
3 sudu besar air biasa
Sos Manis ABC/Kicap Lemak Manis
Bahan F
Daun bawang
Daun sup (dihiris)
Limau Kasturi
Fish ball (Goreng/Rebus sekejap)
Fish cake (Goreng/Rebus Sekejap)
Sayur Sawi (Rebus. Masukkan 1 sudu makan minyak dalam air rebusan untuk menjaga kesegaran sayur)
Tomato biji
Cara -Cara Menyediakan nya
SUP
1. Satukan daging, perencah sup dan air secukupnya dan rebus sehingga daging empuk.
2. 5 minit sebelum angkat, masukkan garam dan kiub daging.
DAGING
1. Toskan daging yang telah direbus diatas dan hiriskan nipis.
2. Masukkan bahan C, gaulkan rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan daging. Jika terlalu kering bolehlah masukkan 2-3 sudu makan air rebusan daging diatas.
4. Goreng anggaran 3-4 minit dan terus diangkat.
* Tak perlu digoreng terlalu lama untuk mengelakkan daging menjadi terlalu keras.
BAWANG PUTIH
1. Panaskan minyak dalam kuali (lebihkan sedikit kerana minyak yang sama akan digunakan untuk mengoreng mee nanti).
2. Goreng bawang putih sehingga bertukar menjadi keperang-perangan.
3. Angkat dan toskan. Simpan minyak ini untuk menggoreng mee.
MEE
1. Panaskan air secukupnya dalam periuk sehingga mendidih.
2. Masukkan non-fried noodles /instant mee dan rebus sehingga mee masak.
* Jika mee sudah lembut dan tidak terasa tepung, boleh diangkat dan toskan.
3. Panaskan 'minyak goreng bawang putih' diatas dan masukkan mee yang telah ditoskan.
4. Perasakan dengan Sos Ikan / Sos Soya, Cuka Makan dan Kicap Lemak Manis, rata-ratakan dan terus diangkat.
SAMBAL
2. Alihkan kedalam mangkuk dan masukkan kicap manis dan perahan jus limau kasturi, gula dan sedikit air..
3. Gaul rata.
CARA MENGHIDANG
1. Sediakan mangkuk, Masukkan mi, Sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian masukkan daging, tabur bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan bahan F.
2. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.
* Selamat Menjamu Selera ...
No comments:
Post a Comment