Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Salam Jumaat kepada semua..
Lauk hari ini saya sediakan TELUR AYAM TUA 'LEMAK LADA HITAM'
Lauk yang sangat istimewa
Telur ayam tua...
Telur yang masih berada dalam perut ayam dan belum sempurna kejadian nya ketika ayam itu disembelih.
Selalu nya telur ini adalah dari baka 'ayam telur'.
Untuk pengetahuan..
Ayam secara umum nya boleh dibahagikan kepada 2 jenis,
Satu yang diternak untuk mendapatkan telurnya
Dan satu lagi untuk daging nya
Istilah ayam pencen diberikan kepada 'ayam telur' yang sudah tua dan kurang lagi mengeluarkan hasil
Isi ayam ini memang liat dan amat sesuai dibuat rendang.
Jadi bila ayam disembelih selalu nya terdapat berketu-ketul telur yang masih kecil di dalam perutnya.
Teringat dulu arwah ayah saya pernah menternak jenis 'ayam telur' ini telah tamat jawatan dalam perkhidmatan di sektor awam.
Penjadi seorang penternak yang berjaya dikampung sekadar untuk mengisi masa yang terluang.
Beratus-ratus ekor juga lah
Ayam-ayam ini akan ditempakan dalam sangkar besi besi yang dibuat khas untuk mereka..seekor 1 sangkar.
Saya ketika itu menjadi salah seorang pemungut telur.
Kadang tu sengaja tunggu telur ayam tergolek-golek keluar dari sangkar.
Pada masa tu nak makan telur pon rasa dah tak nak.
Apa lagi telur ayam tua.
Telur kembar ... 2 kuning dalam 1 biji pon dah menjadi kebiasaan.
Tapi untuk ini kebetulan rezeki saya
Saya pergi kepasar pon dah hampir tengahhari
Selalu tak pernah nampak
Biasa nya telur ini dijual sekali dengan ayam
Tapi untuk penjual ini ia siap diproses dan dijual berasingan
Senang lah..
Sepinggan RM3. Dua pinggan RM 5
Hehehe ... saya ambil semua
Masak 2 kali ..2 resepi
Jomm.......

Bahan A
Semangkuk besar Telur Ayam Pencen (Jika terdapat usus telur jangan dibuang. Basuh bahagian dalam usus dengan mengalirkan air kedalam nya)
1 biji ubi kentang yang bersaiz besar (dipotong ikut suka)
1 biji lobak merah (dipotong ikut suka)
1 helai daun kunyit (dihiris lebar)
3 tangkai atau 6 helai daun limau purut (dikoyak)
Bahan B
Minyak untuk menumis
8 ulas bawang merah (ditumbuk 3/4 hancur)
8 ulas bawang putih (ditumbuk 3/4 hancur)
3 batang serai (ditumbuk lebam)
2 inci lengkuas (ditumbuk lebam)
2 inci halia (ditumbuk lebam)
1 camca teh serbuk kunyit
sedikit hirisan daun sup
Bahan C
1/2 camca besar lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 camca besar lada putih (ditumbuk halus)
200 ml santan pekat
Air secukup nya sebagai kuah
3 keping asam gelugor
3/4 kiub 'ayam'
garam
Bahan D
1 biji limau nipis
Bawang goreng
Hirisan cili padi
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan B sehingga bawang bertukar keperangan dan betul-betul garing.
2. Masukkan kesemua bahan C. Jika kentang yang digunakan berisi keras, boleh lah dimasukkan bersama bahan C.
3. Masak dengan api perlahan sehingga kuah mula mendidih baru dimasukkan lobak merah, telur, daun kunyit dan daun limau purut.
4. Teruskan memasak dengan api yang perlahan sehingga kuah mendidih sekali lagi barulah diangkat.
5. Perah jus limau kasturi dan tabur bawang goreng semasa dihidangkan. Boleh ditambah cili padi untuk lebih rasa pedas.
* Selamat Menjamu Selera ...

No comments:
Post a Comment