Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Salam Berhujung Minggu
Hari ini saperti biasa laksanakan rutin pagi dulu
Selesai ja...
Baru ke kebun kutip-kutip sawi.
Kalau dibiar lama makin tua pulak kan.
Alah... dibelakang rumah saya ja...
Kebun ke ???
Ya lah .. kebun juga
Walaupon tak sebesar mana belakang rumah tu
Seronok-seronok !
Cuba cari aktiviti yang mendatangkan hasil dan yang penting keseronokan
Jadi bercucuk tanam sayur pulak !
Sikit-sikit ja
Maklum lah 'jelus' tengok jiran sebelah tu.
Macam-macam pokok ada didepan rumah.
Tak perlu tanah yang luas pon !!!!
Cuma dalam tayar-tayar buruk, plastik hitam tanaman dan dalam pasu bunga pon jadi.
Tak habis makan ...
Jom kita masak LEMAK LADA HITAM SAWI.
Makan dengan ikan goreng.
Ulam cili padi !
Salam Berhujung Minggu
Hari ini saperti biasa laksanakan rutin pagi dulu
Selesai ja...
Baru ke kebun kutip-kutip sawi.
Kalau dibiar lama makin tua pulak kan.
Alah... dibelakang rumah saya ja...
Kebun ke ???
Ya lah .. kebun juga
Walaupon tak sebesar mana belakang rumah tu
Seronok-seronok !
Cuba cari aktiviti yang mendatangkan hasil dan yang penting keseronokan
Jadi bercucuk tanam sayur pulak !
Sikit-sikit ja
Maklum lah 'jelus' tengok jiran sebelah tu.
Macam-macam pokok ada didepan rumah.
Tak perlu tanah yang luas pon !!!!
Cuma dalam tayar-tayar buruk, plastik hitam tanaman dan dalam pasu bunga pon jadi.
Tak habis makan ...
Jom kita masak LEMAK LADA HITAM SAWI.
Makan dengan ikan goreng.
Ulam cili padi !
Bahan A
Sayur sawi (diasingkan batang dan daun)
1 biji bawang besar (dibelah 8)
1 biji ubi kentang (di potong kiub)
1 keping cendawan 'telinga gajah' (direndam dengan air panas sehingga kembang dan dihiris kasar)
1/2 mangkuk udang kertas
1 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat
1/4 kiub ikan bilis
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 camca teh lada putih (ditumbuk halus)
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan batang sawi, ubi kentang, cendawan dan santan cair ke dalam periuk. Rebus sehingga mendidih dan ubi menjadi 1/2 empok.
2. Masukkan daun sawi, udang, lada hitam / putih, santan pekat, kiub bilis dan perasakan dengan garam.
3. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih kembali dan boleh diangkat untuk dihidankan.
* Selamat Menjamu Selera ...
* FHA Selemak Santan
No comments:
Post a Comment