Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Semalam saya sediakan SARDIN GULUNG sebagai minum petang.
Tak buat banyak..
Dalam 5 keping roti sahaja
Potong 2 dapatlah 10 ketul...
Semalam saya sediakan SARDIN GULUNG sebagai minum petang.
Tak buat banyak..
Dalam 5 keping roti sahaja
Potong 2 dapatlah 10 ketul...
Biasa nya kalau badan kurang sihat, tengok nasi pon dah tak berselera nak makan.
Tu yang teringin nak makan roti saja.
Kebetulan ada seketul lagi Ikan Mackerel.
Jadi lah SARDIN GULUNG ni...
Tak kisahlah nak guna Sardin atau Mackerel terpulang.
Jomm....
Bahan A
Roti putih secukup nya
Minyak untuk goreng tenggelam
Bahan B
1 ketul ikan Mackerel/Sardin yang bersaiz besar (dihancurkan)
1/2 sudu makan Sos Tomato Mackerel/Sardin
1 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris sederhana tebal)
2 biji cili padi merah (dihiris nipis)
1/2 biji limau nipis (diambil jus nya)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh serbuk lada putih
1/2 mangkuk hirisan daun sup
sedikit garam
Bahan C (sebagai pelekat)
1 camca besar tepung gandum
sedikit air
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Roti digelek sehingga nipis (dibalik-balikkan / didepan dan belakang) dan kemudian nya di potong 2.
2. Satukan kesemua bahan B sehingga rata.
3. Satukan bahan C dan bancuh sedikit cair dari cucur bawang.
4. Ambil 1/2 keping roti yang telah dilenyek nipis dan letakkan lebih kurang 1/2 sudu kecil inti (bahan C) disatu hujung. Pastikan jangan terlalu penuh untuk mengelakkan ia keluar semasa menggoreng.
5. Calitkan sedikit bancuhan tepung (bahan C) pada satu hujung lagi.
6. Gulung roti dan letakkan dalam bekas. Pastikan hujung berpelekat berada dibahagian dibawah untuk memastikan ia gam sempurna.
7. Buat sehingga habis
8. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana besar.
* Minyak yang terlalu panas akan menyebabkan roti cepat menjadi hitam dan cepat hangit. Juga ia masak dengan tidak sekata.
*Minyak yang kurang panas pula boleh menyebabkan ia menyerap masuk kedalam roti
9. Masukkan roti dan goreng dengan api yang sederhana. Balik kan jika dapati bahagian telah bawah bertukar keperangan.
10. Apabila pasti ia masak sempurna bolehlah diangkat dan ditoskan minyak nya.
* FHA Selemak Santan
No comments:
Post a Comment