Friday, 24 March 2017

AYAM SAMBAL 'IBU' ... Sedap !!! The best Sambal ever !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Salam Jumaat !!!!

AYAM SAMBAL IBU .. resepi arwah ibu kesayangan !
Lauk ini kerap disediakan setiap minggu untuk ibu saya.
Memang tak pernah jemu. Walau lauk lain disediakan lauk ini tetap menjadi pilihan.
Ketika itu kalau masak pon tak banyak supaya keesokkan nya boleh dimasak lagi dengan yang fresh.

Memang dah lama juga tak buat lauk ini
Tapi........
Semalam teringat pula nak makan..

Saya boleh makan nasi berpinggan hanya dengan lauk ini saja dan berulamkan timun muda
Sempat lagi....malam sebelum tidur, lagi 2 pinggan !

Hari ini tinggal baki 2 ketul saya jadikan sebagai lauk sarapan pagi.
Habis...

Jommm..


Bahan A (digaul dan diperap 1/2 jam)
1/2 ekor ayam
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B
Minyak untuk menumis
1 tangkai Daun Kari
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1/2 inci halia (dihiris nipis memanjang)

Bahan C
4 biji bawang besar (ditumbuk 3/4 lumat)

Bahan D
25 -30 biji Cili Kering  (Direbus dan di mesin halus bersama air)
2 batang Serai (diketuk lebam)
1 inci lengkuas (diketuk lebam)
2 keping asam gelugor
1/3 ketul gula melaka (resepi asal tak dimasukkan gula)
sedikit garam

Bahan E
1 helai Daun Kunyit (Hiris besar-besar)
2 helai Daun limau purut

Cara-Cara Menyediakan nya 
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan minyak.
Jika ketulan ayam bersaiz besar, disarankan menutup periuk semasa menggoreng supaya isi didalam masak dengan sempurna. 
2. Panaskan minyak dalam kuali/periuk (boleh guna minyak goreng ayam) dan tumis bahan B sehingga bawang putih bertukar keemasan.
3. Masukkan kan bawang merah dan goreng dengan api yang sederhana sehingga bawang layu. Sila pastikan bawang ini benar-benar kecut untuk menjadikan masakan lebih sedap.
4.Masukkan bahan D dan besarkan api supaya kuah cili mendidih dengan cepat. Kemudian perlahankan api kembali dan masak sampai kuah menjadi hampir pekat dan terbit minyak kembali. Pastikan ia sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia berkerak.
5. Masukkan ayam yang siap digoreng tadi dan taburkan dengan bahan E. Ratakan semuanya dan biar ia mendidih kembali dan ayam sebati dengan kuah sebelum diangkat untuk dihidangkan.

* Selamat menjamu selera .....

* FHA Selemak Santan

No comments:

Post a Comment