Sunday, 26 March 2017

JEMPUT-JEMPUT PISANG GEBU ... Memang gebussss !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Agak-agak bila lah ada mood baking membaking.
Nak masak Muffin pon rasa malas
Setakat cucur dan lauk tu rajin..

Tepung dah ada, beli semasa ke KL tak lama dulu.
Tapi asyik tertunda-tunda saja.

Bila pergi kedai...
..terpandang pisang, teringat muffin pisang
..terpandang labu, teringat muffin labu

Kebetulan terlihat Jemput Pisang yang disediakan oleh seorang rakan instagram Encik Raffie yang juga merupakan seorang Chef , terus teruja...
Jemput-jemput pisang yang beliau sediakan ada sedikit hirisan pisang dan kelihatan amat gebu sekali.

Tapi resepi yang ini saya tak masukkan telur saperti beliau (sebab terlupa) tetapi saya tambahkan sedikit tepung Muffin.
Lain kali boleh cuba letakkan telur pulak !!

Tapi kejadian nya 'Superp !'

Jom kita tonton video pulak........
Banyak lagi foto dan video dalam instagram 'fhaselemaksantan'
atau #fhaselemaksantan menyimpan semua video-video masakan saya.



Bahan A (Main agak-agak saja)
10 biji Pisang Emas
Tepung Muffin (1/2 sukatan tepung)
Tepung Gandum (1/2 sukatan tepung)
1/2 sudu teh sodium bikarbonat
Sedikit garam
* Tak perlu masukkan gula sebab dalam Tepung Muffin sudah tersedia manis

Bahan B
4 biji Pisang Emas (dipotong tebal)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Lenyek pisang terlebih dahulu sehingga hancur.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
3. Masukkan garam, sodium bikarbonat dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan hirisan pisang dan gaul rata..
5. Perap selama 1/2 jam untuk sebatikan kemanisan gula dalam tepung.
6. Goreng dalam minyak yang panas sehingga masak.

* FHA Selemak Santan

No comments:

Post a Comment