Friday, 7 April 2017

CHAR KWE TIAU with HOMEMADE KICAP/SOS .. Juadah berbuka hari ke 4


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Salam Jumaat untuk semua sahabat alam maya !!!

Juadah untuk berbuka untuk puasa hari ke 4 saya sediakan CHAR KWE TIAU.
Kicap atau Sos untuk memasak mee / bihun mahu pon kwetiau jarang saya beli yang readymade.
Paling-paling malas pon saya akan masak yang simple simple sahaja kerana selalu nya yang dijual ia lebih kepada perasa tambahan dalam Sos tersebut.

Untuk lebih menyedapkanKICAP CHAR KWE TIAU kali ini saya masukkan air rebusan Kerang yang rasa nya amat manis sekali ditambah dengan aroma serai dan sedikit halia.

Fuhh !!
Memang layan betul Char Kwe Tiau masa berbuka...

Jomm...



KICAP/SOS CHAR KWE TIAU


Bahan A
1 kilo kerang
2 batang serai (diketuk lebam)
1 inci halia
Air untuk merebus *akan digunakan dalam penyediaan Kicap

Bahan B
2 labu bawang putih (dicincang halus)
2 biji bawang besar (ditumbuk)
12-15 biji cili kering (dimesin halus) * Boleh ditambah jika mahu lebih pedas
1 camca besar Sos Tiram
1 camca besar Sos Cili Thai
2 camca besar gula putih * boleh juga gantikan dengan gula melaka
1/2 camca besar Lada Hitam (ditumbuk)
1/2 camca besar Lada Putih (ditumbuk)
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
* Tiada penggunaan garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kerang dibasuh sehingga bersih kemudian satukan dengan semua bahan A dan direbus sehingga masak.
2. Keluarkan kerang dan saring air rebusan (buangkan sedikit air dibahagian bawah yang kemungkinan terdapat baki pasir yang keluar dari kerang semasa proses merebus tadi)

3. Panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis bawang putih sehingga ia bertukar kewarna keemasan.
4. Masukkan bawang besar dan terus menggoreng sehingga bawang besar juga hampir garing.
5. Masukkan bahan B yang lain termasuk air rebusan kerang. Lebihkan kicap Manis berbanding Kicap Masin.
6. Masak dengan api yang perlahan sehingga kuah kicap susut air nya dan terbit minyak.
7. Siap dan boleh digunakan untuk menggoreng Kwetiau atau pon mee....

CHAR KWE TIAU


Bahan A
Minyak dari Kicap/Sos Char KweTiau diatas
Bebola Ikan
Kek Ikan
Udang
Kicap/Sos Char KweTiau diatas
Kucai
Isi Kerang
Taugeh
Telur

Cara-Cara Menggoreng
1. Masukkan sedikit minyak  kedalam kuali. Gunakan minyak yang terampai dalam Kicap/Sos Char KweTiau diatas.
2. Masukkan hirisan bebola dan kek ikan. Goreng sehingga 3/4 masak.
3. Masukkan udang dan goreng seketika.
4. Masukkan kwetiau dan sendukkan kuah Kicap/Sos Char KweTiau secukup nya. Ratakan sedikit.
5. Terus masukkan sayur kucai dan isi kerang. Ratakan menggunakan garfu untuk mengelakkan kwetiau hancur.
6. Masukkan tauhgeh dan ratakan sekali lagi.
7. Tolak ketepi kuali dan pecahkan telur. Carik-carik telur dalam kuali supaya ia cepat membeku.
8. Akhir sekali ratakan menggunakan garfu.
9. Siap dan boleh dihidangkan ...

* FHA Selemak Santan

No comments:

Post a Comment