Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
SAWI KUNGFU 'NYONYA STYLE' untuk berbuka
emmmm... sedap nya !
Jomm ....
SAWI KUNGFU 'NYONYA STYLE' untuk berbuka
emmmm... sedap nya !
Jomm ....
Bahan A
3-4 pokok 'anak sawi'
Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
6 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 ketul dada ayam (dihiris kecil)
1 biji bawang besar (dibelah 2 dan dihiris sederhana tebal)
3/4 mangkuk kecil hirisan daun sup
2 keping cendawan 'telinga kera' (direndam dalam air panas selama 1/2 jam dan dihiris kecil)
1 biji cili merah atau 3 biji cili padi (dihiris menyerong)
1 cawan air (sebagai kuah)
1 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/4 kiub pati ayam
sedikit garam
1 camca besar tepung jagung + 3/4 air (dibancuh)
1 biji telur ayam (dikocak)
Minyak bijanCara-Cara Menyediakan nya
1. Sayur sawi direndam sekejap untuk mengembangkan kotoran yang terlekat dan kemudian nya dibasuh bersih. Oleh kerana saya lebih suka memasak tanpa meleraikan batang nya, proses membasuh perlulah lebih teliti untuk mengelurkan kotoran yang berada dicelah-celah nya.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga menjadi warna keemasan.
3. Masukkan isi ayam dan goreng seketika sehingga daging nya masak.
4. Masukkan bawang besar disusuli dengan daun sup. Goreng sehingga bawang layu dan daun sup benar-benar kecut untuk menerbitkan aroma yang sedap dalam sayur.
5. Masukkan cendawan dan kemudian nya cili. Goreng sehingga cendawan 1/2 masak.
6. Masukkan air, lada hitam, garam dan kiub pati ayam. Masak sehingga kuah mendidih.
7. Masukkan sayur dan biar seketika sehingga pasti sebelah bawah sudah 1/2 masak baru dialihkan.
8. Apabila pasti sayur sudah 3/4 masak terus siramkan bancuhan tepung jagung. Biarkan lagi sehingga kuah hampir mendidih semula baru di siramkan pula dengan bancuhan telur dan percikkan sedikit minyak bijan.
9. Siap untuk dihidangkan.
* FHA Selemak Santan
No comments:
Post a Comment