Tuesday, 18 April 2017

CHAR MEE ... Mee yang lembap memang menyelerakan !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

CHAR MEE ini saya sediakan beberapa hari lalu sebagai minum petang.

Resepi nya adalah sama saperti saya sediakan CHAR KWE TIAU with HOMEMADE KICAP/SOS dahulu.
Maklum makan hari tu belum puas lagi....Sedap !!!!
Cuma beza nya saya gantikan kwetiau dengan Mee.
Juga saya 'skip' telur kerana ingin menikmati rasa asli Kicap yang saya sediakan yang bersalut lembap pagi mee.

emmm... amat menyelerakan !!!!



KICAP / SOS 

Bahan A
1 kilo kerang
2 batang serai (diketuk lebam)
1 inci halia
Air untuk merebus *akan digunakan dalam penyediaan Kicap

Bahan B
2 labu bawang putih (dicincang halus)
2 biji bawang besar (ditumbuk)
12-15 biji cili kering (dimesin halus) * Boleh ditambah jika mahu lebih pedas
1 camca besar Sos Tiram
1 camca besar Sos Cili Thai
2 camca besar gula putih * boleh juga gantikan dengan gula melaka
1/2 camca besar Lada Hitam (ditumbuk)
1/2 camca besar Lada Putih (ditumbuk)
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
* Tiada penggunaan garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kerang dibasuh sehingga bersih kemudian satukan dengan semua bahan A dan direbus sehingga masak.
2. Keluarkan kerang dan saring air rebusan (buangkan sedikit air dibahagian bawah yang kemungkinan terdapat baki pasir yang keluar dari kerang semasa proses merebus tadi)

3. Panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis bawang putih sehingga ia bertukar kewarna keemasan.
4. Masukkan bawang besar dan terus menggoreng sehingga bawang besar juga hampir garing.
5. Masukkan bahan B yang lain termasuk air rebusan kerang. Lebihkan kicap Manis berbanding Kicap Masin.
6. Masak dengan api yang perlahan sehingga kuah kicap susut air nya dan terbit minyak.
7. Siap dan boleh digunakan untuk menggoreng Kwetiau atau pon mee....


Bahan A
Minyak dari Kicap/Sos diatas
Sebungkus Mee (dibasuh sekejap dibawah aliran air)
Bebola Ikan
Kek Ikan
Udang Segar
Kicap/Sos diatas
Sawi
Isi Kerang
Taugeh
Telur (* Saya tak masukkan)

Cara-Cara Menggoreng
1. Masukkan sedikit minyak  kedalam kuali. Gunakan minyak yang terampai dalam Kicap/Sos Char  diatas.
2. Masukkan hirisan bebola dan kek ikan. Goreng sehingga 3/4 masak.
3. Masukkan udang dan goreng seketika.
4. Masukkan mee, sendukkan kuah Kicap/Sos  secukup nya dan ratakan sedikit.
5. Terus masukkan sawi dan isi kerang. Ratakan lagi.
6. Masukkan taugeh.
7. Jika menggunakan telur ...Tolak ketepi kuali dan pecahkan telur. Carik-carik telur dalam kuali supaya ia cepat membeku kemudian ratakan dengan mee.
8. Siap dan boleh dihidangkan ...

* FHA Selemak Santan

No comments:

Post a Comment