Friday, 14 April 2017

BERGEDIL KELEDEK BER'DAGING ... Juadah berbuka lagi


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Salam Jumaat

BERGEDIL KELEDEK BER'DAGING lauk berbuka lagi
Sebenar nya saya sediakan bergedil ini beberapa hari lalu.
Goreng hari tu separuh saja.
Separuh lagi simpan untuk stok hari berikut nya.

Tapi disebabkan hari dah petang, saya tunda saja fotographi nya ke semalam selepas goreng yang berbaki.
Yang ini saja yang tinggal untuk berbuka semalam.

Bergedil kali ini memang sedap sebab saya menggunakan ubi keledek kuning yang berkulit unggu.
Isi keledek ini amat manis berbanding keledek kuning atau oren yang biasa tu.
Jadi bila dimasak bergedil, selain pedas, lemak dan berperasa ia juga manis ubi yag sangat sedap !!!


Jommm..

Bahan A
2 ketul keledek kuning sederhana besar *keledek oren kurang sesuai kerana isi nya terlalu lembik (direbus sehingga empuk, dibuang kulit dan di lenyek/tumbuk)
200 gram daging pejal (direbus/tak perlu sampai lembut dan dihiris kecil)
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris nipis)
2 camca besar bawang goreng
1 mangkuk kecil hirisan daun sup
1 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
3 biji cili padi merah (dihiris nipis)
1 camca besar tepung jagung
1 camca besar tepung sagu (Kalau tiada,boleh digantikan dengan tepung jagung)
1 camca besar sos tiram
1 biji telur kuning
sedikit garam

Bahan B (disatukan dan dikocak sehingga berbuih)
1 biji putih telur
2 camca besar air biasa

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A diatas dalam satu bekas dan digaul rata.
2. Ambil sejemput mengikut saiz bergedil yang dikehendaki, bulat-bulatkan kan dan kemudian leperkan ia. * Boleh juga dibulatkan saja ia. Buat sampai habis.
3. Panaskan minyak dalam kuali (seelok nya gunakan kuali non-stick),
4. Celup ketulan bergedil dalam putih telur dan goreng.
* Pastikan bahagian bawah bergedil sedikit keperangan baru dialihkan.
Oleh kerana kita menggunakan tepung sagu/jagung ini, In Sya ALLAH bergedil tak akan berderai.

* FHA Selemak Santan

No comments:

Post a Comment