Sunday, 2 July 2017

SET NASI MINYAK BUAH KURMA .. Iftar hari ke-24 Ramadhan 2017


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Hari ini nak kongsi juadah berbuka pada Ramadhan hari ke 24 yang masih tertunggak...Set Nasi Minyak yang saya sediakan untuk 6 orang makan.

NASI MINYAK BUAH KURMA... Saya mencuba salah satu resepi Chef Hanieliza '500 Kompilasi Resepi'.
Alhamdulillah sedap yang ter' amattt  sangat !!!!!

Nasi yang sebutir-butir tetapi amat lembut ini memang sah menjadi pilihan dan kesukaan saya.
Rasa nasi yang beraroma minyak sapi dan sedikit daun kari amat menyelerakan.
Di tambah pula dengan kemanisan buah Kurma yang isi nya sedikit liat tetapi apabila disatukan kedalam nasi hasil nya tak terkata sedap nya..........

Memandangkan sekarang dalam mode rumah terbuka Raya Aidil Fitri, jadi jika ada yang merancang nak menyediakan nasi sebagai juadah istimewa, saya cadangkan cuba lah resepi ini. Memang berbaloi.
Bahan yang digunakan amat simple dan baki Kurma bulan Ramadhan boleh diguna sebagai salah satu bahan dalam masakan.

Memang rugi kalau tak mencuba !
Best Nasi minyak ever .........


AYAM PANGGANG YOGURT MANGGA BEREMPAH... menggunakan resepi yang pernah saya cuba dahulu di sini AYAM PANGGANG YOGURT.
Tetapi kali ini saya menggunakan Yogurt berperisa Mangga supaya rasa ayam menjadi lebih enak lagi. Juga saya lebihkan serbuk cili supaya ia lebih berempah.
Ayam kemudian diperap 2 sehari 2 malam menjadikan rempah ratus meresap cantik kedalam isi ayam.
Dari foto...bahagiaan luar ayam nampak seakan garing, sebenar nya tidak kerana ini adalah rempah ratus yang melekat pada isi ayam.

Isi didalam ... alamakkkk ..lembut sekali !!!


SAMBAL KERISIK... Sambal Kampung yang tak lapuk dek zaman. Sambal yang menjadi rebutan ramai.
Nyesal tak buat lebih banyak lagi !!!

Jommm kita terjah resepi ..................


NASI MINYAK BUAH KURMA

Bahan A 
1 kg beras basmati 
1 cawan buah kurma 
1 liter air rebusan ayam
* Jika tidak menggunakan air biasa, tambahkan 1 kiub pati ayam 
1 pokok daun ketumbar (dipotong pendek)
1/2 cawan susu cair
1 sudu makan pewarna kuning
3 sudu makan minyak sapi (saya guna Ghee blend. Rasa nya lebih sedap)
garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 tangkai daun kari
2 helai daun pandan (disiat dan diikat * saya tambah)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Basuh beras dan rendam ia selama 30 minit dan tuskan ia.
2. Belah buah kurma untuk mengeluarkan biji dan potong 3 memanjang (potong kasar).
* Buah kurma bagaimana pon akan 3/4 hancur didalam nasi
3. Panaskan minyak sapi didalam periuk dan tumis bahan B sehingga wangi.
4. Masukkan air rebusan ayam dan garam. Biarkan mendidih.
5. Masukkan beras, buah kurma, daun ketumbar dan susu cair. Biarkan nasi masak saperti biasa.
6. Tuangkan pewarna kuning ke atas nasi secara berasingan.
7. Masak lagi sehingga nampak nasi cukup kering.
8. Gemburkan nasi perlahan-lahan dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Disebabkan saya masak hanya 4 cawan beras, jadi sukatan nya hanyalah 6 cawan air biasa dan 1/2 cawan susu cair.
Saya tidak menggunakan air rebusan ayam, jadi saya tambahkan kiub ayam 1/2 sebagai pengganti.
Beras di goreng terlebih dahulu selepas langkah ke 3 selama 5-7 minit, sebelum dimasukkan bahan-bahan yang lain.
Dengan menggunakan 'picagari' saya masukkan pewarna kuning kedalam nasi setelah suis rice cooker bertukar ke 'warm mode'.




AYAM PANGGANG YOGURT MANGGA BEREMPAH


* Kali ini ayam yang saya masak bersaiz agak besar jadi saya adjust ramuan dibawah untuk sesuaikan ia.
Bahan A 
1 ekor ayam (dipotong 4)
1 cawan yogurt perisa MANGGA
5 sudu makan minyak zaitun (kalau tak ada minyak biasa pun boleh)
1/3 biji  jus lemon
3 sudu besar gula putih
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai (di ketuk lebam)
1 sudu makan  rosemarry
1 kiub pati ayam
garam sedikit sahaja

Bahan B (Dikisar halus)
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan ketumbar biji
1/2 sudu makan lada hitam biji
1/2 sudu makan lada putih biji
1 inci halia

Cara-Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas dan lumur pada ayam. Perap sekurang kurang nya 2 jam.
2. Letakkan dalam dulang pembakar yang di alaskan dengan aluminium foil.
Kedudukan ayam dalam dulang ...Pastikan bahagian ayam yang nak digaringkan diletakkan dibahagian bawah supaya kita akan masak dan garingkan ia kemudian dengan 'api atas' apabila ayam diterbalikkan pada tempoh terakhir memasak.
3. Panaskan oven dengan suhu 190 C (api atas/bawah tanpa kipas)
4. Bakar selama 30-40 mint pertama pada satu bahagian.
5. Alihkan ayam dan masak lagi selama 30 minit atau sehingga tiada lelehan darah keluar dari isi ayam.

* Pastikan bahagian atas dulang berisi ayam tidak ditutup kerana ini akan menjadikan ayam kita ber 'air'




SAMBAL KERISIK

Bahan A
*ditumbuk sehingga lumat.  Boleh juga diblend tanpa air. Jika nak dimasukkan air pon pastikan hanya sedikit sahaja
5 biji cili merah
15 biji cili padi
1/2 camca teh lada hitam
1/2 camca teh lada putih
sedikit belacan
sedikit garam

Bahan B
4 biji tomato segar (dibelah 8 dan dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dipotong kecil)
1 camca besar beras (disangai/goreng kering dan ditumbuk halus)
1 camca besar kerisik
1/2 ketul gula melaka (boleh dilebih atau dikurangkan ikut kemanisan yang disukai)
4 biji limau kasturi (diambil jus nya)
sedikit hirisan daun ketumbar

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas didalam mangkuk dan gaul rata.
2. Sedia untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment