Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Selamat Berhari Raya semua !
Resepi untuk hari ini KETUPAT PULUT DAUN PISANG
Yang dimakan dengan RENDANG DAGING MEKAH
Saperti biasa setiap tahun saya akan menyediakan ketupat sebegini yang dibungkus dengan daun pisang.
Raya tahun 2014
Raya tahun 2013
di sini Makan-Makan
dan juga disini KETUPAT RAYA
Ada yang kenali ia sebagai pulut dakap, itu pon hanya jika ia didakap berdua atau lebih dan diikat menjadi satu.
Tapi saya lebih suka ikat ia sebiji sebiji kerana kejadian pulut yang terhasil adalah lebih cantik dan senang dikawal semasa memasak.
Jika pulut yang ditanak 3/4 masak, ikatan setiap satu tidak perlu terlalu 'kuat/kejap' untuk membolehkan pulut didalam mengembang semasa proses mengukus.
Tetapi jika ia telah masak sepenuhnya, bolehlah diikat lebih kejap dan kemas.
Sukatan garam yang saya masukkan memang ditimbang. Maklumlah jika proses memasak dibulan puasa dah tak perlu risau, termasin ke atau sedikit tawar.
Biasa nya saya tak masak banyak hanya anggaran 400 gram sahaja.
Dan saya akan menyediakan nya lagi apabila saja habis.
Saya juga jarang masukkan kekacang, tetapi boleh ditambah jika suka.
Biasa nya ketupat yang berisi kacang tak berapa tahan lama dan ia cepat basi ...
Santan pulak seeloknya gunakan santan segar kerana rasa pulut akan lebih sedap dan kejadian nya sedikit berminyak dan menarik selera makan kita.
Untuk kali ini saya terpaksa menggunakan santan kotak. Maklum terlupa membeli santan lebih awal dan tak sanggup beratur panjang untuk mendapatkan santan dipasar.
Almaklum masing-masing nak beli santan kan untuk juadah hari raya .........
Hasil nya pulut saya kurang berkilat. Walau bagaimanapon ia habis sekejap sahaja apabila dihidangkan.
Lagi satu.....
Saya suka kejadian pulut yang sama saiz setiap satu, nampak sangat cantik apabila dihidangkan
Jadi selalu nya saya akan timbang anggaran 40 gram sebiji dan dibalut sama panjang.
Tapi kali ini saya terpaksa kurang kan ia menjadi 25 gram kerana daun pisang yang kali ini bersaiz kecil-kecil belaka.
Itu pon nasib ada, pokok yang lain dah kena tebang... huhu

Bahan A
400 gram BERAS PULUT biasa
550 gram santan pekat dari 2 biji kelapa (Jika Pulut SUSU, santan lebihkan sedikit = 650 gram)
8 gram Garam halus (Sukatan garam ini sudah cukup menjadikan pulut lemak-lemak manis)
1 camca besar gula putih
3 pelepah daun pisang (dilayur diatas api terlebih dahulu)
tali rafia (dipecahkan kepada 5)
Cara-Cara Memasak Pulut
1. Basuh pulut beberapa kali untuk memastikan ketupat tahan lebih lama.
2. Masukkan pulut, santan, garam dan gula kedalam periuk dan tanak saperti tanak/masak nasi biasa.
3. 3-5 minit pertama selepas pulut diletakkan atas dapur, kacau dibahagian bawah untuk mengelakkan ia berkerak. Jangan ditinggalkan sehingga santan betul betul kering.
4. Perlahankan api sekecil yang boleh dan tutup periuk saperti memasak nasi.
5. Masak sehingga pulut masak sepenuhnya atau 3/4 masak.
6. Sudukan pulut anggaran 40 gram keatas daun pisang, gulung dengan daun pisang disusuli dengan memadatkan pulut kebahagian tengah.
7. Potong untuk memperkemaskan lebihan daun pisang.
8. Ikat dengan tali rafia. Sekiranya pulut ditanak 3/4 masak, ikatan harus dibiarkan sedikit longgar. Tetapi jika telah dimasak sepenuh nya, ikatan bolehlah diperketatkan sedikit.
9, Kukus 45 minit - 1 jam
TIPS:
Jangan di-tinggalkan pulut semasa memasak kerana santan cepat kering dan hangit.
Gambar Arkib ....
Saya kalau guna santan kotak atau serbuk tu selalunye sy akn tambah minyak sedikit utk memastikn masakan kita (cth nasi lemak) elok berminyak/berkilat sedikit.
ReplyDeleteSalam Inahar..
DeleteBoleh juga.. Saya dah mencuba. Tetapi hasil nya tak secantik dan sekilat santan segar.