Monday, 14 August 2017

GEPUK DAGING ... masakan Jawa lagi. Tak rugi mencuba. Memang sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Lagi masakan jawa...
Tapi kali ini EMPAL atau GEPUK DAGING
Resepi dari sahabat instagram dari seberang... 'Isna Sutanto'. Terima Kasih ya ...

Cara penyediaan lauk ini saperti dendeng daging tetapi yang ini rasa nya lebih lemak dan lebih sedap kerana menggunakan santan dan bahan tambahan.

Resepi asal tidak menggunakan cili merah kerana ia dimakan bersama sambal terasi.
Tetapi oleh kerana saya tak mnyediakan sambal, jadi saya campakkan cili merah dan cili padi yang di tumbuk kasar 5 minit sebelum daging diangkat dari api.

Jomm...


Bahan A
500 gram daging
2 batang serai (dititik)
3 helai daun salam
2 helai daun limau purut
50 gram gula merah (saya gantikan dengan 1/3 ketul gula kabung)
1/3 mangkuk kecil jus asam jawa
750 ml santan dari 1/2 biji kelapa
sedikit garam

Bahan B (dikisar halus)
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 camca besar ketumbar biji
1 1/2 inci lengkuas
sedikit air

Bahan C 
minyak untuk menggoreng
7 biji cili merah *(diketuk kasar)
10 biji cili padi merah * (diketuk kasar)
* Saya tambah

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Rebus seketul besar daging sehingga masak. (Tidak perlu sampai lembut tetapi hanya sekadar ia masak dan tiada darah yang mengalir kerana kita akan merebus kemudian).
Saya tutup periuk semasa merebus supaya cepat masak didalam nya. Tetapi pastikan menggunakan api yang kecil dan sentiasa dijaga dan dikacau supaya air rebusan tidak meruap keluar.
2. Angkat dan biarkan sejuk seketika. Hiris searah serat daging, jangan terlalu nipis sekitar 1. 5cm.
3. Daging diketuk ala-ala manja hingga melebar tetapi jangan sampai hancur dan ketepikan.

4. Masukkan daging semula kedalam air rebusan daging bersama bahan A yang lain dan bahan B. Rebus sampai daging empuk dan air rebusan susut.
Pastikan jangan terlalu sering dikacau untuk mengelakkan daging hancur.
5. Angkat dan sejukkan.

6.Panaskan minyak dalam kuali. Goreng daging bersama serai dan daun-daun rebusan sehingga keperangan atau boleh sehingga kering sedikit jika suka.
7. Sebelum angkat masukkan cili merah dan cili padi. Gaul rata dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

2 comments: