Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !
Saya ni memang peminat tegar Ayam Goreng Kunyit mahu pon Daging Goreng Kunyit.
Tapi dengan syarat mesti di letakkan Cili Padi.
Kalau tak dimasukkan semasa goreng, ber ulamkan cili pon dah mencukupi.
Janji pedas..
Berpinggan-pinggan saya boleh habiskan nasi.
Kali ini saya cuba olahkan sedikit gorengan ini dengan memasukkan kiub Tomyam, serai dan campakkan sedikit daun limau purut yang disiat kasar.
Jangan lupa masukkan serbuk lada hitam ya....
Tambah-tambah kali ini saya menggunakan ayam bahagian dada. Jadi tempoh masa tak lah lama sebab menggunakan api yang besar saperti masakan digerai tu kan
Dah hasil nya isi ayam tidak keras dan memang sedap sangat-sangat
Adoiii....
Saya makan memang tak tengok kiri kanan lagi
heheheh !!!

Bahan A (digaul rata dan diperap 1/2 jam)
2 ketul dada ayam bersaiz besar
1 camca kecil serbuk kunyit
1/2 camca kecil jintan manis (ditumbuk)
sedikit garam
Bahan B
Minyak untuk menumis
1 batang serai (dititik)
1 kiub Tomyam
2 biji bawang besar Holand (dipotong baji)
8 biji cili padi hijau (dipotong menyerong)
8 biji cili padi merah (dipotong menyerong)
2 helai daun limau purut (dikoyak)
1 1/2 camca teh lada putih 'AjiShio'
Cara-Cara Penyediaan nya
1. Satukan kesemua bahan A dan perap selama 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ayam. Besarkan api dan kacau dengan cepat.
3. Terus masukkan serai, kiub tomyam yang di 'peroi'. Kacau rata.
4. Agak-agak ayam dah masak, masukkan bawang besar, cili potong, daun limau dan renjiskan dengan lada hitam. Kacau lagi dan terus angkat untuk mengelakkan bawang menjadi terlalu layu.
* FHA Selemak Santan
sedapnyaaaa. makan dgn nasi panas2 pulakk..
ReplyDeleteAda cili padi memang sedap sangat Busyra. Tak pandang lauk lain dah ...
Deletesuka jugak masak ayam grg kunyit. tapi kali ni ada masuk kiub tomyam eh. ok nak try.
ReplyDeleteBetul Azura. Sedikit kelainan. Saya memang suka goreng-goreng kunyit ini. Kalau hari-hari pon boleh...
Deletesedapnyer..
ReplyDeleteJomm Adda, kita masak goreng kunyit.
DeleteYang ini saya beli isi ayam yang siap bungkus tanpa tulang. Isi nya memang sesuai sangat kalau goreng kunyit. Dah rasa macam masakan digerai pulak tapi lebih sedap.