SAMBAL IKAN GORENG ... Sedap dimakan dengan nasi panas berulamkan sayur kampung
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera !Selamat Malam semua...
Dah malam baru berkesempatan nak post entry iye ?
Tak apa lah
Janji ada posting juga kan !
Kalau tinggal berhari-hari alamat nya malas lah nak start engine balik.
emm...
Dalam beberapa hari ni nampak gaya dapur saya tak berasap lah
Macam gitu lah nampak gaya nya
Sambal ini memang sedap, kebetulan saya memang suka pedas.
Tapi jika nak gantikan cili padi dengan cili merah biasa pon boleh.
Atau kurangkan cili padi dan tambah cili merah sama dalam sambal tu.
Kita yang nak makan, jadi boleh adjust-adjust ikut selera sendiri !
Resepi nya mudah sahaja ....
Bahan A
Minyak untuk menggoreng
2 ekor ikan kembong yang bersaiz sederhana
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Bahan B
10 biji cili padi merah* Boleh gantikan dengan cili merah
3 biji cili padi hijau
1/2 inci belacan
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 biji limau nipis (ambil jus nya)
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ikan dibersihkan dan diperap bersama kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga masak. Pastikan jangan terlalu garing kerana isi nya akan menjadi keras.
3. Asingkan isi dari tulang.
4. Satukan kesemua bahan B dalam lesung batu dan tumbuk sehingga 3/4 lumat.
5. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sekadar meratakan dengan sambal saja. Tak perlu terlalu hancur.
6. Perah jus limau dan ratakan sekali lagi.
7. Siap untuk dihidangkan.
* Jika suka sambal yang sedikit berair boleh lah masukkan 1-2 camca besar air suam.
No comments: