DALCA PENANG SPECIAL ... WOW ! Supperrr Sedap !. Licin tak sampai setengah Jam . Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ni nak share resepi DALCA PENANG SPECIAL ... WOW  ! Supperrr Sedap !.

Dalca Penang special kegemaran keluarga saya.
Aroma bawang goreng bersama daun sup yang dijadikan sebagai bahan tumis, dimakan pula dengan hirisan cili merah, bawang putih cincang dan perahan jus limau... Fuhh !!! Sedap yang  ter'amat.

Yummy !!!
Sambil menaip.... Meleleh air liur teringat !!!!

Hari tu saya sediakan seperiuk besar, tapi jangan terkejut kalau saya katakan tak sampai setengah jam licinnnnn....
Itu pon yang menjamah baru ja balik menghadiri jemputan kahwin.

Agak nya kalau perut tengah lapar mungkin tak sampai 15 minit, periuk dah boleh di basuh. Siap minta resepi lagi ye......

Dalca biasa nya dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak mahu pon nasi beriani.
Juga boleh dijadikan sebagai kuah cicahan roti canai atau sebarang roti  jika mahu.
Kuah yang 'sedang-sedang' memang enak berbanding kuah yang dimasak terlalu pekat ...
Tapi kali ini saya sekeluarga makan dengan roti benggali.

Se elok nya dapatkan kacang dhal khas untuk dibuat dalca yang mudah hancur pabila dimasak ...
Tapi kalau tak ada, jangan risau.. dhal yang lain pon boleh. Cuma kita perlu sedikit rajin mengetuk/menumbuk 'manja'. Jika tidak walau berjam-jam merebus hingga air kering  sekali pon ia masih berbiji-biji .....
Lembut tu memang lembut, tapi tak menarik lah sebab kacang masih berbiji-biji ....

Jom tonton YOUTUBE !

Jangan lupa SUBSCRIBE YOUTUBE  dan SHARE disini FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !



Bahan A (direndam semalaman)
3 camca besar kacang dhal
air secukup nya untuk rendam

Bahan B
1 1/2 kilo tulang atau 1 kilo daging
1 bungkus rempah kari daging (25 g)
5 ulas bawang merah (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris tebal)
1 camca teh kunyit serbuk
2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 camca kecil lada hitam biji (ditumbuk)
1 camca kecil lada putih biji (ditumbuk)
Air scukup nya untuk merebus tulang/daging

Bahan C
1 kotak santan pekat
sedikit air untuk bancuhan santan
2 batang serai (diketuk)
3 biji ubi kentang (dibelah 4)
1 batang lobak merah (dipotong tebal)
3 biji terung bulat yang bersaiz kecil (dibelah 2)
12-15 kacang buncis (dipotong menyerong)
1 camca kecil serbuk perasa daging / ayam
sedikit garam

Bahan D
Minyak untuk menumis
7 ulas bawang merah (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 tangkai daun kari
1 inci halia (dihiris memanjang 'batang mancis')
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 mangkuk kecil hirisan daun sup

Bahan E
3 biji cili merah (dibelah 4, dibuang biji dan hiris kecil)
6 ulas bawang putih (dicincang halus) * Bawang ini tak di masak nya. Ia dimakan segar....
6 biji limau kasturi/nipis


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kacang dhal dibasuh bersih dan direndam semalaman. Ditoskan air nya dan ditumbuk ala-ala manja supaya ia pecah. * Jika dapat kacang yang mudah hancur boleh lah skip proces menumbuk ini.
2. Masukkan tulang, kacang dhal dan semua bahan B dalam periuk tekanan dan direbus selama 1/2 jam (masa diketik dari ketika air mula mendidih). 
Jika menggunakan periuk biasa pon boleh, rebus lah saperti biasa sehingga daging lembut. Tambahkan air jika dapati daging masih lagi keras...
2. Setelah daging lembut, kaup buang minyak yang terampai di permukaan air rebusan. Kerana ini adalah lemak tepu yang bahaya untuk kesihatan.
3. Masukkan bahan C kecuali kacang buncis dan rebus sehingga ubi 3/4 empuk.
4. Masukkan buncis. Biarkan sehingga mendidih semula dan boleh diangkat.

5. Panaskan minyak dalam kuali.
6. Tumis bahan D sehingga bawang bertukar keperangan dan daun sup 'betul-betul kecut' untuk menerbitkan aroma yang sedap.
7. Tuangkan gorengan bawang ini kedalam periuk dalca diatas.

8. Pastikan bahan E ditabur dalam mangkuk hidangan dalca dan kemudian nya diperah jus limau.

* FHA Selemak Santan

2 comments:

  1. memang sedap resepi ini . sudah dua kali membuatnya. terbaik. terima kasih kongsi resepi. semoga Allah murahkan rezeki. bahagia dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. Sy pon dah 2x buat resepi ni..tiap kali lepas habis mkn mesti suami request buat lg..terima kasih ye mintak dihalalkan resepi ni..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.