Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !
Entry hari ini hanya sekadar nak memaklumkan kepada sahabat-sahabat alam maya sekalian...
jika terperasan apa-apa text yang pelik dari blog saya yang tiada kaitan dengan resepi dan masak-memasak, sila abaikan sahaja ya...
Kerana dalam sehari dua ini, saya sedang membuat sedikit RnD untuk mengelakkan posting saya dari di CIPLAK bulat-bulat dan disiarkan sewenang-wenangkan dalam blog lain tanpa kebenaran.
Ini termasuklah text, foto dan juga video ... Senang kata C&P 100%
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................
Sejak akhir-akhir ni rajin pulak berjalan dan singgah di rumah rakan-rakan blogger.
Tinjau-tinjau tengok apa menu yang disediakan untuk keluarga tersayang.
Dalam jeling-jeling tu terliur tengok Sira Ubi Kayu yang disediakan oleh Puan Lina PG DI SINI .
Berkilat gitu ... menambah selera nak rasa !
Memang lama tak makan kuih atau masakan berasaskan ubi kayu.
Rasa-rasa berbelas tahun agak nya.
Dah plan awal-awal nak cari ubi kayu, kalau ke pasar BM.
Rezeki saya, ada pulak.
Saya beli tak banyak dalam sekilo agak nya.. dah lupa
Tak nak sekali masak, jadi saya bahagikan kepada 3 bahagian
1/3 bahagian saya dah buat sira. Habis... tak sempat nak foto
Yang ini lagi 1/3 bahagian baru berkesempatan di videokan
Lagi 1/3 bahagian nanti tengok apa menu seterus nya...
Terima kasih Lina dan juga K.Noor dari Secubit Garam.
Memang sedap sangat.
OK..
Jom tonton YOUTUBE !
Jangan lupa jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
Bahan A
500 gm ubi kayu
1/3 cawan gula nisan / gula kabung / merah (sesuaikan kemanisan)
2 sudu besar gula pasir (sesuaikan kemanisan)
2 helai daun pandan
secubit serbuk kayu manis * optional
secubit garam
air secukupnya
Cara Menyediakan nya
1. Bersihkan ubi kayu, dibuang kulit dan potong kecil. (2 atau 4 mengikut saiz) untuk memudahkan proses merebus dan juga supaya gula mudah menyerap rata dalam ubi.
2. Rebus ubi kayu dlm air yg menutupi paras ubi hingga empuk.
3. Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika ingin kuahnya lebih)
4. Masukkan gula nisan/gula kabung /merah, daun pandan dan garam. Masak hingga gula hancur dan kuah menjadi pekat/likat. Jika menggunakan gula merah, seelok nya dicairkan secara berasingan dan ditapis dahulu untuk mengasigkan bendasing.
5. Angkat dan hidangkan.
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua
Jom kita goreng ikan dan sediakan sambal THAI NAM JIM SAUCE.
Fuhh !!! Sedap giler.
Meleleh air liur teringat .........
Sambal ini...
lagi pedas lagi sedap.
Walau bagaimana pon kepada yang tak suka pedas, boleh dikurangkan penggunaan cili padi.
Ikan boleh aja digantikan dengan sebarang ikan lain jika mahu, ikut selera kita lah
Tapi pastikan jangan digoreng masin . Biar sedang-sedang sebab bila dicicah dengan sambal ini memang kebaboom !!!
Kali ini saya goreng ikan 2 ekor dan adunan sambal pon saya gandakan 3.
Tapi resepi yang tertera adalah untuk seekor ikan.
OK..
Jom tonton YOUTUBE !
Jangan lupa jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
THAI NAM JIM SAUCE
Bahan A
15 biji cili padi merah
15 biji cili padi hijau
5 ulas bawang putih
* Boleh kurangkan cili jika tak nak terlalu pedas
Bahan B
* Kita menggunakan 'cawan kuih lompang' yang kecil tu untuk sukatan bahan
1 biji tomato segar (dipotong kecil)
1 cwn lompang Fish Sauce/Nam pla
1 cwn lompang Palm Sugar (saya guna Gula Kabung 1 ketul)
1 cwn lompang Juice limau nipis/Lemon
1 cwn lompang air (saya guna air panas)
1 sudu teh stok ayam
Sedikit daun ketumbar (diracik halus biar lebih terasa)
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Bahan A ditumbuk kasar .
Boleh juga di kisar tetapi pastikan kisar 'Tanpa Air' selama 2 saat stop, kemudian kisar lagi 2 saat dan stop. Buat beberapa kali tetapi pastikan jangan sampai halus... Tak sedap nanti
2. Masukkan Stok ayam kedalam air panas dan kacau sebati.
3. Satukan kesemua bahan diatas dalam mangkuk dan boleh terus dihidangkan bersama ikan goreng.
SIAKAP GORENG
Bahan A
1 ekor ikan siakap
sedikit garam
sedikit kunyit
tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara menyediakan nya
1. Ikan dibersihkan dan dikelar sedikit (kali ini saya tak kelar)
2. Lumur dengan garam dan kunyit. Perap 1/2 jam.
3. Tabur dengan tepung jagung dan lumur rata. (tepung jangan dibancuh air)
4. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan minyak nya.
Selera nak makan CUCUR BADAK tetiba ja terbit , pabila terpandang posting dari Malina di sini Teratak Mutiara Kasih.
Terus plan nak masak cucur kegemaran saya ini.
Untuk menyediakan kuih ini, keledek Jepun memang kurang sesuai kerana ubi nya yang sedikit keras berbanding keledek oren atau keledek kuning yang biasa. Tapi nak dapat keledek kuning memang agak susah berbanding oren
Jadi saya pliih keledek oren dan hasil ya memang marvelous..Kena pula inti yang sedap dan sedikit lembab ....memang tak cukup ! marvelous.! marvelous.! marvelous.!
Dalam penyediaan kulit pula, pastikan tepung yang digunakan adalah dalam kuantiti yang sederhana. Jika terlalu banyak, hasil texture kulit kuih ini kurang sedap kerana tidak terasa ke ubian nya.
Tapi bagaimana kalau kita menggunakan ubi oren yang kita ketahui memang akan menyerap lebih air menjadikan ia sukar untuk dibentuk.
Jangan risau....
Pastikan kita basahkan jari jemari kita dengan sedikit minyak semasa proses meng 'inti' kan kuih ini.
Elakkan menggunakan tepung ya....
Dalam penyediaan inti pula, semesti nya kita menggunakan kelapa putih, tapi pastikan bukan dari kelapa tua kerana isi nya akan menjadikan inti kuih kering, walaupon ditambahkan sedikit air supaya ia lembab, ia amat berbeza sekali dengan inti dari kelapa biasa (yang sedang-sedang, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda)
Yang penting, jangan kedekut serai dan juga gula. Kerana inti yang manis dengan aroma serai dan sedikit rasa jintan manis. Adusss !!! Terliur saya yang sedang menaip ini.
OK..
Masih semangat untuk akak sediakan video penyediaan nya.
Moga lebih jelas ya !
Jom tonton YOUTUBE !
Jangan lupa tau........SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE disini FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
Bahan A
1 Kilo ubi keledek oren (berat selepas direbus dan dibuang kulit).
300 gram tepung gandum
sedikit garam
Bahan B(ditumbuk halus)
4 batang serai yang bersaiz besar(Diambil hingga 4 inci dari pangkal bawah dan dihiris)
1 camca teh jintan manis
1 camca besar 'penuh' udang kering
6 ulas bawang merah
8 biji cili padi merah (sesuaikan kepedasan yang disukai)
1/2 inci kunyit hidup atau sedikit kunyit serbuk
Bahan C
150 gram kelapa parut putih
70 gram gula putih (ikut kemanisan yang di sukai)
20-25 ekor udang hidup 'kecil' (dibuang kulit) * Saya terlupa nak masukkan kali ini
sedikit garam
Bahan D (satukan dan pastikan bancuhan pekat)
1 camca besar tepung gandum
sedikit air Bahan E
Minyak untuk goreng tenggelam
Sedikit minyak untuk proses meng inti'
20 ekor udang hidup (dibuang kepala sahaja)
Cara-Cara Menyediakan inti
1. Satukan kesemua bahan B dan C didalam kuali, digaul sehingga rata dengan api yang perlahan selama 10-12 minit sahaja.
Agak-agak kelapa dah panas boleh lah diangkat. Jangan terlalu lama atas api dan pastikan jangan di tambah air.
Cara-Cara Menyediakan kulit
1. Rebus ubi sehingga lembut, ditoskan air nya dan dikupas kulit.
2. Lenyek/tumbuk ubi sehingga hancur dan masukkan garam dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul sehingga rata. Jika rasa terlalu lembik boleh lah ditambahkan sedikit lagi tepung tetapi jangan terlalu banyak kerana kita tidak mahu kulit menjadi sedikit keras.
Cara-Cara Menyediakan Cucur
1. Basahkan hujung jari dengan sediki minyak.
2. Jemput adunan ubi anggaran 45 gram. Bulat-bulatkan ia kemudian leperkan dan memasukkan inti anggaran 1 camca teh 'penuh'.
3. Tutup inti dengan kemas supaya tidak bocor semasa menggoreng.
4. Ambil secalit bancuhan tepung dan palit pada cucur. Ambi seekor udang, letak diatas palitan tepung cucurc dan tekan sedikituntuk melekat kan ia pada kuih.
5. Buat sehingga habis.
66. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cucur. Pastikan masak sebelum dibalikkan.
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Beberapa hari lalu saya sediakan kuih CARA BERLAUK.
Bukan yang biasa-biasa tu.
Tapi yang bersaiz besar sebegini.
Sebab nya..
Pertama... mudah nak memasak, sekali tuang aja dalam acuan dah boleh buat kerja lain.
Kedua... senang nak kawal dan jadikan kulit nya garing.... yang garing semua berebut...peberet !!!
Ketiga... bila kulit dah garing ditambah pula isi didalam nya lembut.. memang sedap sangat-sangat
Keempat... letak dalam 1 piring.. haaa yang ini akak punya !!!! Orang lain tak boleh share. OK !!!
hihihih !
Untuk satu adunan ini boleh dapat 2 biji sahaja. Jadi kalau nak buat lebih, boleh lah gandakan adunan.
OK..
Kali ini akak sediakan video penyediaan nya..
Moga lebih jelas ya !
Jom tonton YOUTUBE !
Jangan lupa tau........SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE disini FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
Bahan A (Adunan Tepung)
(*Campur semua dalam blender dan kisar , boleh juga diadun secara manual)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air biasa
2 sudu besar santan pekat (saya guna santan kotak saja)
3 sudu besar minyak masak (Untuk melembutkan)
2 biji telur ayam gred C
sedikit garam
sedikit kunyit atau pewarna kuning
Bahan B1
1 sudu besar minyak utk menumis
5 ulas bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari
1/2 inci halia (dihiris kasar)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih (optional)
2 biji buah pelaga (optional)
Bahan B2
3/4 paket rempah kari Daging
sedikit air
Bahan B3
200-250 gram Daging (dipotong kecil)
1 camca kecil lada hitam/putih (ditumbuk halus)
sedikit air
1/2 kiub Daging /Ayam
sedikit garam
Bahan B4
2 biji bawang besar (dipotong kuib)
1 mangkuk kecil hirisan daun sup
Bahan B4 (Pelengkap Rasa)
Cili Merah
Daun Sup
Cara-Cara Memasak Inti:-
1. Panas minyak dalam kuali dan tumis bahan B1 sehingga hampir keperangan.
2. Masukkan bahan B2 dan masak dengan api perlahan sehingga terbit sedikit minyak untuk menghilangkan aroma rempah 'mentah'.
3 Masukkan bahan B3 (kecuali garam dan perasa) dan masak hingga daging lembut dan rempah menjadi pekat.
4. Perasakan dengan garam dan kiub daging/ayam.
5. Akhir sekali masukkan bahan B4 dan tutup api (untuk mengelakkan bawang layu). Sebatikan sehingga rata.
Cara-Cara Memasak Kuih Cara:-
1. Panaskan acuan Kuih Cara.
2. Leserkan minyak pada acuan. Pastikan ada 'tambahan sedikit' minyak dalam acuan dalam 1 camca kecil. Ini adalah bertujuan untuk menggaring dan meranggupkan kuih cara nanti.
3. Masukkan adunan tepung 2/3 acuan. Tutup dengan tudung periuk sekejap <> 1-2 minit supaya tepung 1/3 masak. (TIPS: Cara ini menjadikan inti LEBIH TERASA SEDAP kerana inti tidak tenggelam dalam badan kuih cara)
4. Masukkan inti dan tutup dengan tudung. Masak sehingga tepung benar-benar membeku dan bahagian luar sedikit garing.
* Oleh kerana kuih ini bersaiz besar, pastikan dapur yang digunakan mempunyai 'lingkaran api luar' dan 'lingkaran api dalam'. Jika mempunyai 'lingkaran api luar' sahaja, kena rajinkan diri memusing-musing kan acuan untuk membolehkan kuih masak dengan sempurna dan sekata.
5. 3 minit sebelum angkat, taburkan cili potong dan daun sup diatas nya. Biarkan sebentar baru boleh diangkat untuk dihidangkan.
* Pastikan masak dengan api yang 'amat perlahan' supaya tepung masak sempurna didalam dan amat garing diluar. * FHA Selemak Santan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ... Aduhai ....
17 hari blog bercuti,
Tak ada entry !
Tak ada posting !
Vitamin malas menaip melanda !!!!!!!!!
Cuma jeling-jeling dapor jiran sebelah saja, rakan alam maya.
Tu pon tengah-tengah malam... kalau mai mod rajin sikit laa
Moga entry hari ini menaik kan semula mood blogging akak.. e-yaa !.
OK hari ini nak share lagi menu yang biasa dan entah dah beberapa kali akak share sebelum-sebelum ini...
NASI GORENG ARAB.
Memang suka sangat menikmati akan nasi goreng ini kerana aroma dan keenakan nya.
Adusss......
Nampak simple saja.
Tapi keenakan nya tak usah dipertikaikan lagi.
Sedap sangat.. dengan aroma minyak sapi, daun kari, rempah 4 sekawan dan sedikit hirisan halia.. memang ngam gabungan bahan-bahan ini.
Oleh kerana nasi ini digoreng kosong, jadi elok sangat kalau dimakan dengan ikan atau pon ayam goreng..
Yummy !!!!
OK..
Kali ini akak sediakan video penyediaan nya..
Yang dulu-dulu tu tak ada video.
Moga lebih jelas ya !
Jom tonton YOUTUBE !
Jangan lupa SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE disini FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
Bahan A
1 camca besar minyak sapi 'Ghee Blend'
1 biji bawaang merah (dihiris nipis) 5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari 1/2 inci halia (dihiris nipis memanjang)
1 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis 2 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih
Bahan B 1 sudu teh lada hitam biji (dibiarkan sebiji sebiji)
Sayur (terpulang sayur apa yang nak dimasukkan) Saya masukkan ..
... 3/4 mangkuk kecil hirisan lobak merah
... 1 mangkuk kecil hirisan kancang buncis
1/2 sudu teh serbuk kunyit (optional)
sedikit garam
1 mangkuk besar nasi putih (berada pada suhu bilik)
Bahan C
Hirisan Cili padi
Hirisan Daun Bawang
Bawang Goreng
** Elakkan dari masukkan kicap atau sebarang perasa tambahan untuk mengekalkan rasa keaslian nasi ini.
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumis bahan A sehingga bawang layu. Tak perlu sampai keperangan.
2. Masukkan lada hitam, sayuran dan serbuk kunyit. Kacau hingga sayur 1/2 masak.
3. Masukkan nasi dan digaul sehingga rata.
4. Perasakan dengan garam.
5. Siap untuk dihidangkan dengan taburan bahan C.
Sedap dimakan dengan ayam goreng atau pon ikan goreng.