CARA BERLAUK SPECIAL.. Sebiji besar ini untuk akak seorang. Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Beberapa hari lalu saya sediakan kuih CARA BERLAUK.
Bukan yang biasa-biasa tu.
Tapi yang bersaiz besar sebegini.

Sebab nya..
Pertama... mudah nak memasak, sekali tuang aja dalam acuan dah boleh buat kerja lain.
Kedua... senang nak kawal dan jadikan kulit nya garing.... yang garing semua berebut...peberet !!!
Ketiga... bila kulit dah garing ditambah pula  isi didalam nya lembut.. memang sedap sangat-sangat
Keempat... letak dalam 1 piring.. haaa yang ini akak punya !!!! Orang lain tak boleh share.  OK !!!
hihihih !

Untuk satu adunan ini boleh dapat 2 biji sahaja. Jadi kalau nak buat lebih, boleh lah gandakan adunan.



OK..
Kali ini akak sediakan video penyediaan nya..
Moga lebih jelas ya !

Jom tonton YOUTUBE !

Jangan lupa tau........SUBSCRIBE YOUTUBE  dan SHARE disini FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !



Bahan A (Adunan Tepung)
(*Campur semua dalam blender dan kisar , boleh juga diadun secara manual)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air biasa
2 sudu besar santan pekat (saya guna santan kotak saja)
3 sudu besar minyak masak (Untuk melembutkan)
2 biji telur ayam gred C
sedikit garam
sedikit kunyit atau pewarna kuning

Bahan B1
1 sudu besar minyak utk menumis
5 ulas bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari
1/2 inci halia (dihiris kasar)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih (optional)
2 biji buah pelaga (optional)

Bahan B2
3/4 paket rempah kari Daging
sedikit air

Bahan B3
200-250 gram Daging (dipotong kecil)
1 camca kecil lada hitam/putih (ditumbuk halus)
sedikit air

1/2 kiub Daging /Ayam
sedikit garam

Bahan B4
2 biji bawang besar (dipotong kuib)
1 mangkuk kecil hirisan daun sup

Bahan B4 (Pelengkap Rasa)
Cili Merah
Daun Sup

Cara-Cara Memasak Inti:-
1. Panas minyak dalam kuali dan tumis bahan B1 sehingga hampir keperangan.
2. Masukkan bahan B2 dan masak dengan api perlahan sehingga terbit sedikit minyak untuk menghilangkan aroma rempah 'mentah'.
3 Masukkan bahan B3 (kecuali garam dan perasa) dan masak hingga daging lembut dan rempah menjadi pekat.
4. Perasakan dengan garam dan kiub daging/ayam.
5. Akhir sekali masukkan bahan B4 dan tutup api (untuk mengelakkan bawang layu). Sebatikan sehingga rata.

Cara-Cara Memasak Kuih Cara:-
1. Panaskan acuan Kuih Cara.
2. Leserkan minyak pada acuan. Pastikan ada 'tambahan sedikit' minyak dalam acuan dalam 1 camca kecil. Ini adalah bertujuan untuk menggaring dan meranggupkan kuih cara nanti.
3. Masukkan adunan tepung 2/3 acuan. Tutup dengan tudung periuk sekejap <> 1-2 minit supaya tepung 1/3 masak. (TIPS: Cara ini menjadikan inti LEBIH TERASA SEDAP kerana inti tidak tenggelam dalam badan kuih cara)
4. Masukkan inti dan tutup dengan tudung. Masak sehingga tepung benar-benar membeku dan bahagian luar sedikit garing.

* Oleh kerana kuih ini bersaiz besar,  pastikan dapur yang digunakan mempunyai 'lingkaran api luar' dan 'lingkaran api dalam'.
Jika mempunyai 'lingkaran api luar' sahaja, kena rajinkan diri memusing-musing kan acuan untuk membolehkan kuih masak dengan sempurna dan sekata.

5. 3 minit sebelum angkat, taburkan cili potong dan daun sup diatas nya. Biarkan sebentar baru boleh diangkat untuk dihidangkan.

* Pastikan masak dengan api yang 'amat perlahan' supaya tepung masak sempurna didalam dan amat garing diluar.  
* FHA Selemak Santan



3 comments:

Powered by Blogger.