Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................
Semenjak dua menjak kebelakangan ini asyik berlaukkan tempe sahaja.
Macam-macam resepi di olah menggunakan tempe untuk memenuhi selera makan.
Kalah orang jawa....you
Beberapa hari sebelum, saya sediakan TEMPE SAMBAL BILIS.
Sekejap sahaja habis
hari hari berikut nya masak lagi.
Maklum dah suka, ulang beberapa kali sampai jemu..
Cuma belum sempat saya kongsikan resepi nya lagi di sini.
Nanti bila-bila saya masak lagi saya akan video dan fotokan ya.....
Tapi kali ini saya nak share resepi LEMAK PUCUK PAKU & TEMPE
Serius sedap !
Maklum saya goreng tempe, tauhu dan ikan bilis terlebih dahulu untuk menambah aroma dan rasa.
Berbaloi walau pon sedikit remeh.
Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu .. baru lah best!
Jangan lupa jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
Jomm...
Bahan A
1 mangkuk kecil ikan bilis
1 keping tauhu (dipotong menjadi kiub kecil)
2 keping tempe (dipotong menjadi kiub kecil )
1 ikat pucuk paku (dihiris sepanjang ~ 1 inci)
2 helai daun kunyit (dihiris nipis)
Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
1 inci halia (dihiris kasar)
3 batang serai (diketuk)
Bahan C (dikisar sehingga halus)
10-15 biji cili padi hijau (sesuaikan dengan kepedasan yang disukai)
sedikit air
Bahan D
2 keping asam gelugor
2 helai daun salam
1 camca teh serbuk kunyit
1 mangkuk besar santan pekat
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ikan bilis, tauhu dan tempe digoreng secara berasingan. Pastikan ikan bilis sehingga ranggup. Dan tempe digoreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan minyak nya.
2. Panaskan minyak dalam periuk.
3. Tumis bahan B sehingga layu.
4. Masukkan cili padi kisar bersama bahan D dan perlahankan api. Apabila air telah mulai susut, sentiasa dikacau selalu hingga ia terbit minyak untuk mengelakkan ia hangit.
5. Masukkan bahan E , kacau untuk sebatikan.
6. Masukkan pucuk paku, hirisan daun kunyit dan ratakan sebentar.
7. Agak-agak pucuk paku sudah 4/3 masak, terus masukkan tempe, tauhu dan ikan bilis. Ratakan lagi.
8. Biar sehingga mendidih kembali boleh lah diangkat untuk dihidangkan.
Copyright © 2017. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
alahai sedapnya masak lemak pucuk paku ni menepati selera veteren ni FHA hehe
ReplyDelete