Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................
Selamat menyambut tahun baru 2018.
Moga tahun ini membawa lebih keberkatan dalam hidup dan lebih-lebih keceriaan.
OK !!!
Hari ini nak share resepi Batter untuk Pisang atau Cempedak Goreng.
Memang rugi lah !!! kalau tak cuba.
Ranggup sangat-sangat !
Keranggupan boleh sampai ke petang kalau betul cara memasak nya ........
Kurang serapan minyak pulak... OK lah tu
Memang itu yang sebaik nya untuk kesihatan.
Sumber resepi dari sahabat FB saya ia-itu Puan Mariana Zainal di sini.
Dimaklum resepi asal beliau perolehi dari sahabat FB nya.
Terima Kasih ya atas perkongsian, saya panjangkan di sini pulak ya.
Moga segala ilmu yang dikongsi mendapat pahala dari NYA.
Apa beza nya resepi batter ini dengan batter yang biasa-biasa tu ?
OK ...
Nak tahu ?
...Tiada penggunaan air kapur sebagai salah satu bahan nya.
...Penggunaan butter atau margerin untuk menambah rasa yang lebih enak memang sedap sangat.
...Penggunaan tepung gandum sedikit sebanyak menjadikan adunan kurang serapan minyak.
...Bancuhan tepung yang agak pekat dari bancuhan tepung biasa... memang pekat you...
...Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang agak banyak memainkan peranan untuk meranggupkan kan tepung dengan mudah.
* Tetapi harus pastikan yang bancuhan tepung kena betul-betul sebati, pastikan tiada kelihatan minyak yang terpisah dari bancuhan tepung. Kalau ada sedikit-sedikit tu, boleh lah pejam mata saja kan.........
Jadi kena lebih rajin lah mengadun ......
Percubaan 2 kali sebelum, bancuhan tepung saya kurang menjadi, masih kelihatan minyak yang agak banyak lah yang terpisah dari tepung. Walau pon saya cuba rajinkan diri mengadun, maklum kudrat dah tak sama dengan kudrat orang lain...
hehehe...
Jadi untuk yang ke 3 kali, saya olah sedikit...saya satukan semua bahan dalam mesin pengisar dan saya kisar.
Alhamdulillah mudah kerja ! Senang !
Dan yang pasti tiada kelihatan pisahan minyak.
Puas hati sangat.
Untuk makluman, tepung boleh disimpan dalam peti sejuk untuk digunakan di kemudian hari. Itu pon jika ada lebihan lah.
Jangan risau... tiada perubahan kepada texture tepung yang ranggup walau pon 2,3 hari dalam peti sejuk.
Tak payah di biarkan pada suhu bilik pon. Keluar dari peti, kacau-kacaukan untuk meratakan dan sebatikan adunan kembali. (jika sedikit pekat, boleh lah tambah 1-2 camca besar air) dan terus boleh diguna.
Ranggup saperti biasa juga.....
Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu .. baru lah best! Kita dengar kunyahan tepung yang ranggup !!!
Jangan lupa jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
Bahan A
1 1/2 cawan tepung beras 'Campuran'
Sebagai info, tepung beras ada 2 jenis... 'Tepung beras Campuran' dan 'Tepung Beras'.
Untuk gorengan ranggup kita menggunakan 'Tepung beras Campuran'. Manakala untuk kuih muih menggunakan 'Tepung Beras'. OK. Jangan konpiusssss....
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
1 sudu besar butter(guna marjerin pun boleh)
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 cawan air (kalo pekat sgt tambah air yer) * Saya menggunakan 1+ 1/6 cawan air
* Bancuhan tepung memang pekat. Tapi jangan risau bila digoreng ia akan ranggup.
Malah saya memang sengaja salut tebal pada pisang dan juga cempedak semasa menggoreng.
malah kadang saya sengaja tuang tambahan tepung atas pisang yang baru dimasukkan kedalam kuali semasa menggoreng.
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas dalam bekas dan gaul menggunakan tangan sehingga sebati.. tepung, butter dan minyak. Tiada pisahan minyak dalam tepung.
Atau..
2. Masukkan semua dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.
* Pastikan masukkan air atau minyak terlebih dahulu, baru diikuti dengan bahan lain untuk memudahkan proses sebatian.
Dan jangan lupa gunakan 'alat/batang plastik blender' semasa proses mengisar kerana bancuhan ini pekat.
sedapnya cempedak. Qekra mmg suka cuma tak boleh mkn byk nanti angin..
ReplyDeleteSekali sekala terigin juga Azura..hehe
DeleteOh...itu secretnya, bancuh tepung dan minyak sekali. Nak cuba sebab PH suka batter yang krup krap krup krap :)
ReplyDeletekena cuba PH. Ranggup sangat. dah boleh tahan lama sampai petang
DeleteOmg! Sedap gileeee..... Dah cuba utk sarapan td. . Terima kasih share resepi... Terdengar2 lagi kerangupannya.. .
ReplyDeleteTerima Kasih kerana mencuba..
DeleteWallaweh... sedap nampak
ReplyDeletehehehe !
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteBlh tunjuk tak, paket tepung beras campuran yg macam mana ye?
Tkasih
w'salam. Akak dah update entry dengan foto tepung tu. Rujuk ya diatas
DeleteTerima kasih sudi share resepi ni.. Memang ranggup cempedak goreng saya semalam walaupun saya guna tepung beras
ReplyDeleteje :)
Terima Kasih kerana mencuba. Akak pon goreng cucur cempedak semalam
DeleteMenarik resepi ni, mau cuba bagi bini makan, dia mengidam cempedak goreng
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sayang bini macam tu lah. Masing2 saling membantu
DeleteYaallah sedap sgt cempedak goreng guna resepi ni. Tq share. Semoga allah merahmaati anda sekeluarga.
ReplyDeleteTerima kasih.. Ranggupkan. Boleh buat lagi nanti
DeleteTerima kasih berkongsi resipi. Akhirnya berjaya juga buat chempedak goreng yang betul-betul rangup.
ReplyDeleteTerima Kasih kerana mencuba ...
Delete