SAMBAL SARDIN LIMAU KASTURI...Sedap dan Tak jemu dimakan ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

Lauk Sardin memang saya tak jemu.
Biasanya bila ke pasaraya, saya akan pastikan beberapa tin Sardin akan saya beli untuk simpanan didapur saya.

Ya lah ...
Kalau dah tak ada selera nak makan atau malas nak masak, biasanya saya akan sediakan sambal sardin saja.
Tak kisahlah sambal biasa atau pon bersama limau kasturi.

Semenjak merasa sambal sardin limau kasturi jualan Cik Su semasa saya berkhidmat dahulu, saya kerap menyediakan nya sendiri untuk mencari kelainan rasa.

Maklum dulu menggunaan asam jawa saja.
Lagi pon resepi Cik Su ini mengunakan juga Cili Padi.

Biasa nya dibulan ramadan jualan Cik Su akan menjadi tumpuan ramai.
Kalau turun dari Office lambat sikit alamat tengok dulang kosong saja lah.
Cik Su biasa nya akan menyediakan kan Sambal ini sebagai salah satu lauk jualan nya.
Dan saya lah salah seorang pelanggan tetap yang akan sentiasa mencari cari sambal ini....

Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu .. baru lah best!

Jangan lupa jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !



Bahan A
Sedikit minyak untuk menumis.
5 ulas bawang merah (dihiris nipis atau ditumbuk)
5 ulas bawang putih (dihiris nipis atau ditumbuk)

Bahan B (dikisar sehingga halus)
8 biji cili kering
sedikit air

Bahan C (dikisar kasar tanpa air atau ditumbuk)
20 biji cili padi merah
2 biji bawang besar

Bahan D
1 Tin Ikan Sardin (Tin yang bersaiz besar /saya guna Cap Ayam)
3 biji limau kasturi (di perah diambil jus nya. Kulit jangan dibuang).
2 biji  limau kasturi(dibelah 2)
2 batang serai (diketuk)
1 biji tomato segar (dibelah 4)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang keperangan dan semerbak harum.
3. Masukkan bahan B dan dan bahan C. Masak dengan api perlahan sehingga minyak terbit dari masakan dan kauh sambal sedikit pekat.
4. Masukkan serai dan kacau seketika.
5. Terus masukkan ikan sardin (Ikan sahaja ya. Jika nak masukkan sos tomato sardin tersebut, pastikan hanya 1 camca besar sahaja)  .
6. Masukkan jus limau kasturi dan masak dengan api perlahan supaya sambal mesra dengan ikan.
7. Perasakan kan dengan garam dan sebelum angkat masukkan baki limau kasturi, juga bersama kulit perahan limau.
8. Biarkan seketika dan boleh diankat untuk dihidangkan.


© copyright 2017. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

1 comment:

  1. Sedapnya sambal sardin cicah lempeng nyior... nyums

    ReplyDelete

Powered by Blogger.