Monday, 29 January 2018

CENDAWAN GORENG RANGGUP BEREMPAH .... Sedap makan panas-panas ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

Saya sediakan Cendawan Goreng Ranggup Berempah ini beberapa hari lalu untuk kunyah-kunyah selepas makan nasi dan sebagai minum petang.

Masih menggunakan resepi untuk gorengan Pisang/cempedak untuk adunan tepung tempoh hari di sini   CEMPEDAK & PISANG GORENG RANGGUP 'GILA' .
Cuma kali ini saya tambahkan rempah ratus, yakni rempah kari ikan, jintan putih dan sedikit lada hitam.
Bancuhan tepung kali ini saya cuba try aduk menggunakan whisk, sebelum ini saya gunakan blender.
OK  lah tapi kena lama sikit pukul.
Tak lah se-remeh adun menggunakan tangan.

Tapi kalau nak menggunakan tangan pon boleh, tapi kena betul-betul gaul, jika tidak cairan minyak akan terpisah dari tepung dan ia akan kurang menjadi.

Sedap di makan panas-panas ni !
Layan  ja lah .........



Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu .. baru lah best! 

Jangan lupa jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !



BANCUHAN TEPUNG
Bahan A
1 1/2 cawan tepung beras 'Campuran'
(Boleh juga menggunakan tepung beras biasa tapi campurkan sedikit tepung jagung)

3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
1 sudu teh garam
1 cawan air (kalo pekat sgt tambah air yer) * Saya menggunakan 1+ 1/6 cawan air
1 camca kecil rempah kari ikan
1/2 camca kecil jintan putih (ditumbuk halus)
1/2 camca kecil lada hitam  (ditumbuk halus)
* Bancuhan tepung memang pekat. Tapi jangan risau bila digoreng ia akan ranggup.

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas dalam bekas dan gaul menggunakan tangan sehingga sebati. Pastikan tiada pisahan minyak dalam tepung.
Atau..
2. Gunakan pemukul telur untuk mengadun tepung.


CENDAWAN
Bahan B
200 g Cendawan (Jika cendawan terlalu besar boleh lah di belah 2 atau 3).

1. Cendawan dibasuh di bawah aliran air untuk menanggalkan kotoran jika ada.
2. Kemudian ditoskan air nya. dan dikeringkan atas dulang yang dialas tisu serap air / tisu dapur.


Cara-Cara Menggoreng
1. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali .
2. Celup cendawan dalam tepung satu persatu dan digoreng. Ini adalah untuk mengelakkan cendawan hancur dalam tepung.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Monday, 22 January 2018

SINGGANG IKAN 'NYOK-NYOK PUTIH'... bagai dijampi -jampi.... gitu !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Kali ini lauk SINGGANG IKAN pulak.
Resepi sihat tanpa minyak tapi sedap yang amat-amat !

Kali terakhir saya sediakan lauk ini adalah pada August tahun lalu di SINI
Lama tu .......

Masih menggunakan resepi Sarah Raissudin... dari instagam beliau.
Kalau dah jumpa resepi yang sedap macam ni , macam tak mahu move on ke resepi lain dah kannnnn ! !!

Kali ini saya masak Ikan Nyok Nyok Putih.
Saya tambahkan sedikit jagung muda, seketul lengkuas dan tabur dengan sedikit daun ketumbar untuk menambahkan lagi keenakkan nya  !

Yummy !!!!!


Jomm...


Bahan A
16 -18 ulas bawang merah (dimayang)
5 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 inci kunyit hidup (dihiris kasar) * Saya tak masukkan 
1 inci halia (dihiris memanjang)
12 biji cili padi merah * Saya masukkan 40 biji cili padi burung
1 camca besar ketumbar biji (diketuk pecah sahaja.,tidak perlu hancur)
1/2 camca besar lada hitam/putih (ditumbuk halus) * Saya tambah
4 batang serai (dititik)
1 inci lengkuas (diketuk) * Saya tambah
3-4 keping asam gelugor
2 -3 camca besar budu
Air secukup nya sebagai kuah

Bahan B
1-2 ketul hirisan ikan Nyok-Nyok Putih (boleh juga digantikan dengan sebarang jenis ikan yang disukai kecuali ikan bilis dan ikan kering.)
sedikit garam (jika perlu)
2 biji tomato segar (dibelah 2)
Sedikit jagung muda
Daun ketumbar

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam periuk dan pasangkan api. Masak sehingga kuah mendidih.
2. Masukkan ikan dan perlahankan api supaya ikan masak dengan perlahan dan tidak hancur.
3. Apabila kuah hampir mendidih semula, baru, masukkan tomato segar, jagung muda, daun ketumbar dan tambahkan sedikit garam jika perlu.
4. Masak beberapa minit lagi dan boleh di angkat untuk dihidangkan .

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Friday, 19 January 2018

KWETIAU LADNA ... Sedap ! ulang makan sampai habis.. Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

Salam Jumaat

Makan tengahhari, minum petang juga untuk makan malam
KWETIAU LADNA
....yang saya tak pernah jemu-jemu

Semasa dalam perkhidmatan dulu, saya selalu jamu selera di kantin Tabung Haji di Jalan Tun Razak.
Satu hari dalam seminggu akan disediakan menu ini sebagai sarapan pagi

Kalau ada memang saya tak lepas.
Kadang tu bila lewat ke Kantin, kawan yang selesai menjamu selera, siap akan maklumkan kepada saya akan menu ini jika ada.
Maklum mereka semua dah tahu yang saya ni 'hantu' KWETIAU LADNA' mahu pon KWETIAU KUNFU'

Dalam penyediaan kuah Kwetiau Ladna, saya masih menggunakan resepi yang sama. Biasa lah bila dah ngam dengan rasa kuah, rasa macam tak nak mengubah ke resepi yang lain, bimbang kurang menjadi dengan selera saya dan keluarga.

Perbezaan kuah ladna ini berbanding dengan resepi lain adalah saya menggunakan hirisan daun sup dan bawang putih yang agak banyak untuk menerbitkan rasa yang sedap dan beraroma apabila digoreng sehingga benar-benar layu dan kecut.

Tidak menggunakan bawang merah dalam resepi ini ya .............


Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu .. baru lah best! 

Jangan lupa ya, jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !



Bahan A
1 bungkus kwetiau
Kicap lemak manis 'Kipas Udang'
Kicap lemak masin 'Kipas Udang'

Bahan B
sedikit minyak
10 ulas bawang putih (dicincang/tumbuk halus)
1 mangkuk kecil hirisan daun sup

Bahan C
1 mangkuk kecil isi ayam (boleh juga dimasukkan ketulan ayam bersama tulang)
1 mangkuk kecil udang
4-5 ekor sotong
kek ikan (* jika ada)
bebola ikan (* jika ada)

Bahan D
Air secukup nya sebagai kuah
1/2 camca teh serbuk lada hitam

Bahan E
Lobak merah
Kubis Bunga
Brokolli
Jagung Muda

Bahan F
1/2 kiub pati ayam
Sedikit garam
1 - 1 1/2 camca besar tepung jagung (*) + 3/4 cawan air
2 biji telur ayam (dikocak)
* Bergantung kepada brand. Ada yang dlm kuantiti sedikit, sudah pon pekat.

Bahan G
Cili padi

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan kuali dengan api perlahan (Tidak menggunakan minyak). Masukkan kwetiau, kicap manis dan kicap masin, ratakan selama 5 minit dan angkat. 

2. Didalam periuk, panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga keperangan.
3. Masukkan hirisan daun sup dan terus mengacau sehingga ia betul-betul kecut untuk menerbitkan  aroma.
4. Masukkan kesemua bahan C dan kacau sebentar.
5. Masukkan bahan D dan masak sehingga kuah menggelegak.
6. Masukkan sayur yang berubi dan masak sehingga 1/2 empuk,  baru dimasukkan sayur an lain (bahan E), garam dan perasa ayam. Biar sehingga kuah kembali mendidih.
7. Curahkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sebentar supaya kuah hampir mendidih.
8. Akhir sekali curahkan telur dan sebatikan secara perlahan. Biar kuah hampir mendidih semula dan boleh angkat untuk dihidangkan.

* Sedap makan dengan cili padi

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Thursday, 18 January 2018

LEMAK SAYUR CAMPUR 'DAGING BURGER' ... Untuk ratahan yang sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

Sayur yang saya masak semalam untuk ratahan...LEMAK SAYUR CAMPUR Daging Burger.
Sebelum-sebelum ini jika menyediakan Mee Magi, saya amat suka masukkan daging burger yang dipotong kepada ketulan kecil untuk menambahkan selera.

Kali ini saya masukkan dalam sayur pulak.

Nak menyediakan sayur sebenar nya tak susah.
Main campak-campak saja dah pon siap kan.
Bahan-bahan yang digunakan bergantung kepada kita, bergantung kepada kreativiti dan selera yang nak makan.

Jomm... Kalau inginkan kelainan boleh cuba.
Daging burger saya lebih suka di rebus terlebih dahulu untuk mengeluarkan lemak-lemak berlebihan.
Kemudian nya dibuang air rebusan. Daging dipotong kepada ketulan kecil sebelum dimasukkan kedalam periuk.

Kali ini saya tak sediakan video kerana cara menyediaan nya amat mudah.
Tambahan pula nak setup peralatan video amat remeh, lepas tu nak di edit pula.
Video- video masakan terdahulu pon masih ada yang menunggu untuk di edit.


Bahan A
1 batang lobak merah
2 keping fish cake
2 urat kacang panjang
4 ketul jagung muda
1 keping tauhu (dipotong kepada kiub)
1 keping tempe (dipotong kepada kiub)
* Boleh juga dimasukkan lain-lain sayuran yang disukai

1 biji bawang besar (dipotong 8)
1 batang serai (diketuk)
2 keping daging burger 'Ramly'
sedikit udang hidup
Santan pekat secukup nya
serbuk perasa ikan bilis
serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B
kubis bunga putih
kubis bunga hijau

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Daging burger di rebus untuk mengeluarkan lemak-lemak berlebihan dan dipotong kepada ketulan kecil .
2. Satukan kesemua bahan A bersama daging burger didalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
3. 5 minit sebelum angkat baru dimasukkan sayur kubis (bahan B).
4. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Sunday, 14 January 2018

KURMA TELUR REBUS ... Serius Terlajak Sedap ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

Saya sediakan lauk KURMA ini beberapa hari lepas setelah sekian lama teringin sangat nak makan, asyik tertunda tunda saja. Jadi akhir nya terjadilah KURMA TELUR REBUS.

Dalam penyediaan masakan telur rebus, saya lebih suka ia di goreng setelah direbus untuk lebih terasa keenakan nya berbanding direbus begitu sahaja. Kalau goreng pon tak lah lama, cukup sekadar menjadikan kulit luaran nya bertukar keperangan yang menjadikan ia lebih aroma dan lebih sedap.

Campuran rempah kurma asli memang tiada campuran cili, yakni menjadikan masakan kita tidak pedas.
Bagi saya, salah satu keenakan rasa nya sudah berkurang di situ, jadi untuk menampung kekurangan ini disamping untuk menyeimbangkan rasa , saya biasa nya akan lebihkan bawang putih.
Hasil nya memang sedap kerana bawang putih tumbuk akan ditumis sehingga garing.

Resepi yang dipelajari dari arwah emak ini, saya tidak tinggalkan tambahan kas-kas menjadikan kurma ini lebih-lebih rasa lemak nya.

Segenggam buah pala sagat manis,
Hasil nya fuhh !!! memang tak silap percaturan.
Seriussss sedap bila semua gabungan ini disatukan dalam kuali !

Dan untuk masakan Sambal Puyuh saya 2 hari lepas juga saya masukkan segenggam 'pala sagat manis ini'
Aduhh!! tak sempat nak difotokan, maklum tak sabar nak makan. akhir nya tinggal baki saja.
Nanti bila-bila saya masak lagi saya akan sharekan foto dan resepi nya... ya

OK !
Kita tengok resepi KURMA yang memang TERLAJAK SEDAP !


Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu .. baru lah best! 

Jangan lupa ya, jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !




Bahan A
5-6 biji telur ayam (saya masak 3 biji sahaja untuk seorang makan. Tapi perencah dalam resepi ini adalah untuk 5 biji telur)
2 biji kentang (dibelah 4)
1 batang lobak merah (* saya tak masukkan)

Bahan B (ditumbuk)
7 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan C
sedikit minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga

Bahan D
1 paket kecil rempah Kurma + sedikit air panas (jadikan pes)
1 1/2 camca kecil kas-kas (ditumbuk halus)
1 camca kecil lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 camca kecil lada putih (ditumbuk halus)
1 batang serai (diketuk)

Bahan E
Santan secukup nya (sedang-sedang pekat)
2 keping asam gelugor
1/2 kiub pati ayam
garam

Bahan F
1 biji tomato segar (dibelah 2 atau 4)
1 biji cili merah (dipatahkan atau dibelah 2)
1 biji cili hijau (dipatahkan atau dibelah 2)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1 genggam 'hirisan buah pala manis'
sedikit hirisan daun ketumbar

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Rebus telur sehingga masak, kupas kulitnya dan digoreng sebentar sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan B dan C sehingga garing.
3. Masukkan bahan D . Masak dengan api yang sederhana sehingga terbit minyak yang banyak untuk memastikan rempah benar-benar masak. Pastikan dikacau selalu untuk mengelakkan ia berkerak.
4. Masukkan bahan E, kentang dan telur. Sebatikan dan masak sehingga ubi empuk.
5. 5 minit sebelum angkat,  masukkan / tabur dengan bahan F.

* hirisan buah pala boleh juga ditabur ketika dihidangkan dalam mangkuk hidangan.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Monday, 8 January 2018

PUYUH GULAI BUAH PALA ... alhamdulillah saya suka. sedap ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

Pernah makan Burung Puyuh ?
Texture isi nya memang amat sedap kalau nak dibandingkan dengan isi ayam; yakni tidak terlalu lembut dan amat sesuai sekali jika dimasak rendang mahu pon lauk berkuah yang lain.
Kerana ia memerlukan masa lebih sedikit untuk melembutkan isi nya.
Mungkin juga puyuh yang saya beli ini sedikit berusia. Tapi tak lah lama berjam-jam.

Untuk kali ini dah 2 kali saya sediakan lauk burung puyuh ini
Dan terbaru saya beli lagi semalam
Sepinggan berisi 3 ekor dan harga nya cuma RM 10 saja.

Untuk resepi ini saya masak bersama 'Buah Pala Sagat' yang disalut dengan sedikit serbuk gula.
Hasil nya memang menyelerakan kerana gulai yang siap dimasak terasa sedikit kemanisan disamping rasa buah pala yang memang sedap.


Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu .. baru lah best! 

Jangan lupa ya, jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !


Bahan A
2-3 ekor burung puyuh (di siang 2 setiap ekor)
1-2 biji ubi kentang 

Bahan B
Minyak untuk menumis
4 ulas bawang merah (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 tangkai daun kari
1 inci halia (dihiris kasar)
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah keras (ditumbuk)

Bahan C (dikisar halus)
1 camca besar ketumbar biji
1 camca kecil jintan manis
1 camca kecil jintan putih
15 biji cili kering (sesuaikan kepedasan)
sedikit air

Bahan D
1 camca kecil lada hitam (ditumbuk)
1 camca kecil lada putih (ditumbuk)
1 batang serai (diketuk)
1 biji bawang besar / holland (ditumbuk kasar)
1 camca teh serbuk kunyit

Bahan E
1 mangkuk santan sederhana pekat
Jus limau kasturi (4-5 biji) * Boleh digantikan dengan 2 keping asam gelugor

Bahan F
garam
serbuk perasa ayam

Bahan G
1 genggam bawang goreng
1 mangkuk kecil Hirisan daun ketumbar
1 mangkuk kecil 'buah pala sagat manis'
Cili padi (optional kepada yang mahu lebih pedas)

Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B (kecuali buah keras) sehingga layu.
2. Masukkan buah keras,  terus dikacau sehingga air kering dan bawang bertukar sedikit keperangan.
3. Masukkan bahan C, bahan D dan sebatikan. Perlahankan api supaya rempah masak secara perlahan sehingga air susut dan terbit minyak yang banyak. Pastikan sentiasa dikacau beberapa lama untuk mengelakkan ia berkerak dan pastikan yang rempah tumisan masak sempurna.
4. Masukkan bahan E, burung puyuh dan kentang. Masak sehingga puyuh empuk.
5. Perasakan dengan bahan F. 
6. Sebelum angkat taburkan dengan bahan G. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Tuesday, 2 January 2018

CEMPEDAK & PISANG GORENG RANGGUP 'GILA' ... Rugi kalau tak cuba ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

Selamat menyambut tahun baru 2018.
Moga tahun ini membawa lebih keberkatan dalam hidup dan lebih-lebih keceriaan.

OK !!!
Hari ini nak share resepi Batter untuk Pisang atau Cempedak Goreng.

Memang rugi lah !!! kalau tak cuba.

Ranggup sangat-sangat !
Keranggupan boleh sampai ke petang kalau betul cara memasak nya ........

Kurang serapan minyak pulak... OK lah tu
Memang itu yang sebaik nya untuk kesihatan.

Sumber resepi dari sahabat FB saya ia-itu Puan Mariana Zainal di sini.
Dimaklum resepi asal beliau perolehi dari sahabat FB nya.
Terima Kasih ya atas perkongsian, saya panjangkan di sini pulak ya.
Moga segala ilmu yang dikongsi mendapat pahala dari NYA.

Apa beza nya resepi batter ini dengan batter yang biasa-biasa tu ?
OK ...
Nak tahu ?
...Tiada penggunaan air kapur sebagai salah satu bahan nya.
...Penggunaan butter atau margerin untuk menambah rasa yang lebih enak memang sedap sangat.
...Penggunaan tepung gandum sedikit sebanyak menjadikan adunan kurang serapan minyak.
...Bancuhan tepung yang agak pekat dari bancuhan tepung biasa... memang pekat you...
...Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang agak banyak memainkan peranan untuk meranggupkan kan tepung dengan mudah.
* Tetapi  harus pastikan yang bancuhan tepung kena betul-betul sebati, pastikan tiada kelihatan minyak yang terpisah dari bancuhan tepung. Kalau ada sedikit-sedikit tu, boleh lah pejam mata saja kan.........
Jadi kena lebih rajin lah mengadun ......

Percubaan 2 kali  sebelum, bancuhan tepung saya kurang menjadi, masih kelihatan minyak yang agak banyak lah yang terpisah dari tepung. Walau pon saya cuba rajinkan diri mengadun, maklum kudrat dah tak sama dengan kudrat orang lain...
hehehe...

Jadi untuk yang ke 3 kali, saya olah sedikit...saya satukan semua bahan dalam mesin pengisar dan saya kisar.
Alhamdulillah mudah kerja ! Senang !
Dan yang pasti tiada kelihatan pisahan minyak.
Puas hati sangat.

Untuk makluman, tepung boleh disimpan dalam peti sejuk untuk digunakan di kemudian hari. Itu pon jika ada lebihan lah.
Jangan risau... tiada perubahan kepada texture tepung yang ranggup walau pon 2,3 hari dalam peti sejuk.
Tak payah di biarkan pada suhu bilik pon. Keluar dari peti, kacau-kacaukan untuk meratakan dan sebatikan adunan kembali.  (jika sedikit pekat, boleh lah tambah 1-2 camca besar air)  dan terus boleh diguna.

Ranggup saperti biasa juga.....

Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu .. baru lah best! Kita dengar kunyahan tepung yang ranggup !!!

Jangan lupa jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !




Bahan A
1 1/2 cawan tepung beras 'Campuran'
Sebagai info, tepung beras ada 2 jenis... 'Tepung beras Campuran'  dan 'Tepung Beras'. 
Untuk gorengan ranggup kita menggunakan 'Tepung beras Campuran'. Manakala untuk kuih muih menggunakan  'Tepung Beras'.       OK.  Jangan konpiusssss....


3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
1 sudu besar butter(guna marjerin pun boleh)
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 cawan air (kalo pekat sgt tambah air yer) * Saya menggunakan 1+ 1/6 cawan air

* Bancuhan tepung memang pekat. Tapi jangan risau bila digoreng ia akan ranggup.
Malah saya memang sengaja salut tebal pada pisang dan juga cempedak semasa menggoreng.
malah kadang saya sengaja tuang tambahan tepung atas pisang yang baru dimasukkan kedalam kuali semasa menggoreng.

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas dalam bekas dan gaul menggunakan tangan sehingga sebati.. tepung, butter dan minyak. Tiada pisahan minyak dalam tepung.

Atau..
2. Masukkan semua dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.
* Pastikan masukkan air atau minyak terlebih dahulu, baru diikuti dengan bahan lain untuk memudahkan proses sebatian.

Dan jangan lupa gunakan 'alat/batang plastik blender' semasa proses mengisar kerana bancuhan ini pekat.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my