Monday, 8 January 2018

PUYUH GULAI BUAH PALA ... alhamdulillah saya suka. sedap ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

Pernah makan Burung Puyuh ?
Texture isi nya memang amat sedap kalau nak dibandingkan dengan isi ayam; yakni tidak terlalu lembut dan amat sesuai sekali jika dimasak rendang mahu pon lauk berkuah yang lain.
Kerana ia memerlukan masa lebih sedikit untuk melembutkan isi nya.
Mungkin juga puyuh yang saya beli ini sedikit berusia. Tapi tak lah lama berjam-jam.

Untuk kali ini dah 2 kali saya sediakan lauk burung puyuh ini
Dan terbaru saya beli lagi semalam
Sepinggan berisi 3 ekor dan harga nya cuma RM 10 saja.

Untuk resepi ini saya masak bersama 'Buah Pala Sagat' yang disalut dengan sedikit serbuk gula.
Hasil nya memang menyelerakan kerana gulai yang siap dimasak terasa sedikit kemanisan disamping rasa buah pala yang memang sedap.


Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu .. baru lah best! 

Jangan lupa ya, jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !


Bahan A
2-3 ekor burung puyuh (di siang 2 setiap ekor)
1-2 biji ubi kentang 

Bahan B
Minyak untuk menumis
4 ulas bawang merah (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 tangkai daun kari
1 inci halia (dihiris kasar)
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah keras (ditumbuk)

Bahan C (dikisar halus)
1 camca besar ketumbar biji
1 camca kecil jintan manis
1 camca kecil jintan putih
15 biji cili kering (sesuaikan kepedasan)
sedikit air

Bahan D
1 camca kecil lada hitam (ditumbuk)
1 camca kecil lada putih (ditumbuk)
1 batang serai (diketuk)
1 biji bawang besar / holland (ditumbuk kasar)
1 camca teh serbuk kunyit

Bahan E
1 mangkuk santan sederhana pekat
Jus limau kasturi (4-5 biji) * Boleh digantikan dengan 2 keping asam gelugor

Bahan F
garam
serbuk perasa ayam

Bahan G
1 genggam bawang goreng
1 mangkuk kecil Hirisan daun ketumbar
1 mangkuk kecil 'buah pala sagat manis'
Cili padi (optional kepada yang mahu lebih pedas)

Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B (kecuali buah keras) sehingga layu.
2. Masukkan buah keras,  terus dikacau sehingga air kering dan bawang bertukar sedikit keperangan.
3. Masukkan bahan C, bahan D dan sebatikan. Perlahankan api supaya rempah masak secara perlahan sehingga air susut dan terbit minyak yang banyak. Pastikan sentiasa dikacau beberapa lama untuk mengelakkan ia berkerak dan pastikan yang rempah tumisan masak sempurna.
4. Masukkan bahan E, burung puyuh dan kentang. Masak sehingga puyuh empuk.
5. Perasakan dengan bahan F. 
6. Sebelum angkat taburkan dengan bahan G. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

No comments:

Post a Comment